VoyForums
[ Show ]
Support VoyForums
[ Shrink ]
VoyForums Announcement: Programming and providing support for this service has been a labor of love since 1997. We are one of the few services online who values our users' privacy, and have never sold your information. We have even fought hard to defend your privacy in legal cases; however, we've done it with almost no financial support -- paying out of pocket to continue providing the service. Due to the issues imposed on us by advertisers, we also stopped hosting most ads on the forums many years ago. We hope you appreciate our efforts.

Show your support by donating any amount. (Note: We are still technically a for-profit company, so your contribution is not tax-deductible.) PayPal Acct: Feedback:

Donate to VoyForums (PayPal):

Tuesday, July 02, 07:13:49pmLogin ] [ Contact Forum Admin ] [ Main index ] [ Post a new message ] [ Search | Check update time ]
Subject: Rahsia Lelaki dan Rahsia Perempuan


Author:
Sarahmy
[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]
Date Posted: Monday, October 03, 04:05:06am

Nih aku jumpa masa surf intrt...korang baca2 ler kasi paham2...

***15 Perkara Tentang Lelaki Yang Perempuan Mesti Tahu***

1. Lelaki, jika anda menanya "Apakah awak cintakan saya?" selepas setahun perhubungan, mereka memang akan menjawab "Ya, saya cintakan awak." tetapi hakikat sebenarnya, mereka ada beberapa jawapan lain utk soalan seperti itu seperti
a)"ya, rasa-rasanyalah"
b)"Mestikah saya menjawab supaya awak senang hati?"
c)"Bergantunglah apa maksud cinta pada pandangan awak"
d)"Penting sgtkah?"
e)"Who,me??"

2. Anda tidak perlu meminta pendapat ikhlas lagi jujurnya mengenai diri anda, dan tidak payah meminta dia memuji2 yang awaklah gadis alias kekasih yang paling cun di dunia fana ini, kerana pada hakikatnya, bila terlihat perempuan lain yang asal ada rupa lalu didepannya, dia merenung tebeliak-beliak seperti air liur mahu jatuh meleleh.

3. Ada setengah lelaki tidak suka aturan hidupnya dirancang, kerana baginya apa yang mahu terjadi biarlah takdir yang menetukan.Dan keadaan jadi lebih teruk jika pasangan cuba memandai-mandai menjadi MISS PERFECT PLANNER. Jika lelaki anda jenis ini, kaji dulu tabiatnya sebelum mengutarakan sebarang cadangan.

4. Lelaki tidak suka dipaksa atau diubah.

5. Setiap kali anda marah-marah atau naik angin dgnnya, didlm kepala otaknya cuma ada satu--"Oh dia ni mesti kena sindrom PMS", walhal dia tidak sedar yang kita sebenarnya marah sebab perangainya yang menyakitkan hati.

6. Lelaki yang merokok, mesti merokok sepam dua selepas makan.

7. Lelaki tidak suka membincangkan isu pertengkaran dgn pasangannya,.jika dia mahu duduk berbincang pun, cuma sekejap sahaja, dan dia mahu cepat-cepat menutup kes itu.beberapa hari berikutnya, dia buat-buat lupa.

8. Ada 3 perkara yang boleh membutkan lelaki stress. a)duit
b)kuasa
c)seks

9. Jgn buat lawak bodoh mengenai lelaki dihadapan kwn2nya atau familinya. Ada lelaki lekas tersinggung dan menganggapnya penghinaan besar dan cara utk mensabotaj nama baiknya.

10. lelaki cuma lafazkan 'i love u' pada peringkat awal perhubungan.Lama2 bila sudah menjadi semakin intim, lelaki lupa utk mengucapkan semula sehingga wanita terpaksa memberi 10,000 signal upaya dia tidak amnesia, atau nyanyuk atau hilang ingatan yang dia masih dan perlu menyintai kita.

11.Lelaki suka jika pasangannya bergaya cantik, popular dan menarik byk perhatian waktu berjalan bergandingan,. Tetapi jika ada lelaki lain yang tertarik dgn teman wanitanya, dia akan menyalahkan dulu wanita kerana katanya "Awak yang kuat melayan!".

12.Jgn kritik cara mereka berpakaian, cara mereka menyapu gel rambut, atau cara mereka menyikat rambut.

13. Jgn kritik muzik, kereta, pasukan bola, motor, topi keledar atau apa2 saja yang menjadi kegemaran mereka.

14. Lelaki tidak suka diberikan tekanan pada fasa awal perhubungan. Jika dia melarikan dii apabila terserempak dgn famili atau sahabat handai anda, maafkanlah dia, kerana dia sebenarnya masih belum yakin sepenuhnya.

15. Ada lelaki yang bertubuh kecil, bermata kecil, berbibir kecil, berdada kecil, berbahu kecil, berkaki kecil, berpunggung kecil--berasa rendah diri dan sgt fobia melihat iklan"SAIZ DOES MATTER"


****30 Rahsia Perempuan Yg perlu Lelaki Tahu ****

Aku dapat mende nih dari blog member kpd member aku...aku saja je nak surf blog org lain tapi terjump mende nih..soo betul ke ?
No. 1
Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.
No. 2
Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
No. 3
Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang(sebab tu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).
No. 4
Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.
No. 5
Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat!!
No. 6
Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.
No. 7
Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja.
No.8
Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika. Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan.
No.9
Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.
No. 10
Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna.
No. 11
Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.
No. 12
Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit, semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.
No. 13
Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum sebarangan.
No. 14
Jika kamu menyukai sorang wanita, cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.
No. 15
Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.
No.16
Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu, teruskan usahamu untuk memikatnya.
No. 17
Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!
No.18
Selepas sorang gadis jatuh cinta, dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.
No.19
Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis, cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.
No.20
Bila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.
No.21
Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!
No.22
Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.
No.23
Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.
No.24
Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.
No.25
Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.
No.26
Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..
No.27
Senjata wanita adalah airmata!!
No.28
Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.
No.29
Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...
No.30
Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]


Post a message:
This forum requires an account to post.
[ Create Account ]
[ Login ]
[ Contact Forum Admin ]


Forum timezone: GMT+8
VF Version: 3.00b, ConfDB:
Before posting please read our privacy policy.
VoyForums(tm) is a Free Service from Voyager Info-Systems.
Copyright © 1998-2019 Voyager Info-Systems. All Rights Reserved.