Show your support by donating any amount. (Note: We are still technically a for-profit company, so your
contribution is not tax-deductible.)
PayPal Acct:
Feedback:
Donate to VoyForums (PayPal):
| [ Login ] [ Contact Forum Admin ] [ Main index ] [ Post a new message ] [ Search | Check update time | Archives: 1, 2, 3 ] |
| Subject: Re: islam inside | |
|
Author: tomo |
[
Next Thread |
Previous Thread |
Next Message |
Previous Message
]
Date Posted: 21:57:03 11/21/05 Mon In reply to: author 's message, "islam inside" on 02:06:28 01/10/05 Mon >Ali bin Abi Talib r.a berkata : "Sewaktu Rasullullah >S.A.W duduk bersama para sahabat muhajirin dan ansar, >maka dengan tiba-tiba datanglah satu rombongan >orang-orang Yahudi lalu berkata :" Ya Muhammad, kami >hendak tanya kepada kamu kalimat-kalimat yang telah >diberikan oleh Allah kepada Nabi Musa A.S. yang tidak >diberikan kecuali kepada para Nabi utusan Allah atau >malaikat muqarrab." > >Lalu Rasullullah S.A.W. bersabda: "Silakan bertanya." > >Berkata orang Yahudi: "Sila terangkan kepada kami >tentang 5 waktu wajibkan oleh Allah ke atas umatmu." > >Sabda Rasullullah S.A.W. "Sembahyang Zuhur jika >tergelincir matahari, maka bertasbihlah segala >sesuaatu kepada tuhanNya. Sembahyang Asar itu ialah >saat ketika Nabi Adam A.S. memakan buah Khuldi. >Sembahyang Maghrib itu adalah saat Allah menerima >taubat Nabi Adam A.S., maka setiap mukmin yang >bersembahyang Maghrib dengan ikhlas kemudian dia >berdoa meminta sesuatu pada Allah maka pasti Allah >akan mengkabulkan permintaannya. Sembahyang Isya' itu >ialah sembahyang yang dikerjakan oleh para Rasul-Rasul >sebelumku. Sembahyang Subuh adalah sebelum terbit >matahari, ini kerana apabila matahari terbit, >terbitnya di antara dua tanduk syaitan dan di situ >sujudnya tiap orang kafir." > >Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan dari >Rasullullah S.A.W. mereka berkata: "Memang benar apa >yang kamu katakan itu. Muhammad, katakanlah kepada >kami apakah pahala yang akan didapati oleh orang yang >sembahyang. > >Rasullullah S.A.W bersabda: "Jagalah waktu-waktu >sembahyang terutama sembahyang yang pertengahan, >sembahyang Zuhur, pada saat itu nyalanya neraka >Jahanam, orang mukimin yang mengerjakan sembahyang >pada ketika itu akan diharamkan ke atasnya wap api >neraka Jahanam pada hari Kiamat." > >Sabda Rasullullah S.A.W. lagi:"Manakala sembahyang >Asar, adalah saat dimana Nabi Adam A.S. memakan buah >Khuldi. Orang mukmin yang mengerjakan sembahyang Asar >akan diampunkan dosanya seperti bayi yang baru lahir." > >Setelah itu Rasullullah S.A.W. membaca ayat yang >bermaksud: "Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama >sekali sembahyang yang pertengahan., sembahyang >Maghrib itu adalah saat di mana taubat Nabi Adam A.S. >diterima. Seorang mukimin yang ikhlas mengerjakan >sembahyang Maghrib kemudian meminta sesuatu dari Allah >maka Allah akan perkenankan. > >Sabda Rasullullah S.A.W.:"Sembahyang Isya' (atamah). >Katakan kubur itu adalah sangat gelap dan begitu juga >pada hari Kiamat, maka seorang mukmin yang berjalan >dalam malam yang gelap untuk pergi menunaikan >sembahyang Isya' berjamaah, Allah S.W.T. haramkan dari >terkena nyalanya api neraka dan diberinya cahaya untuk >menyeberangi titi sirath. > >Sabda Rasullullah S.A.W. seterusnya: "Sembahyang Subuh >pula, seorang mukmin yang mengerjakan sembahyang subuh >selama 40 hari secara berjamaah, diberi oleh Allah >S.W.T. dua kebebasan iaitu: > >1. Dibebaskan dari api neraka >2. Dibebaskan dari nifaq. > >Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan dari >Rasullullah S.A.W. maka mereka berkata:"Memang >benarlah apa yang kamu katakan itu wahai Muhammad >(S.A.W). Kini katakan pula kepada kami semua kenapakah >Allah S.W.T. >mewajibkan puasa 30 hari ke atas umatmu?" > >Sabda Rasullullah S.A.W.: 'Ketika Nabi Adam memakan >buah pohon yang dilarang, lalu makanan itu tersangkut >dalam perut Nabi Adam A.S. selama 30 hari. Kemudian >Allah S.W.T. mewajibkan ke atas keturunan Adam >A.S.berlapar selama 30 hari. Sementara izin makan >diwaktu malam itu adalah sebagai kurnia Allah S.W.T. >kepada makhlukNya. > >Kata orang Yahudi: "Wahai Muhammad, memang benarlah >apa yang kamu katakan itu. Kini terangkan kepada kami >ganjaran pahala yang diperolehi dari puasa itu. > >Sabda Rasullullah S.A.W.: "Seorang hamba yang berpuasa >dalam bulan Ramadhan dengan ikhlas kepada Allah S.W.T. >dia akan diberi oleh Allah S.W.T. 7 perkara: > >1. Akan dicairkan daging haram yang tumbuh dari >badannya (daging yang tumbuh >dengan makanan yang haram). >2. Rahmat Allah sentiasa dekat dengannya. >3. Diberi oleh Allah sebaik-baik amal. >4. Dijauhkan dari merasa lapar dan haus. >5. Diringan baginya siksa kubur (siksa yang sangat >mengerikan). >6. Diberikan cahaya oleh Allah S.W.T. pada hari Kiamat >untuk menyeberang titian >sirath. >7. Allah S.W.T. akan memberinya kemudian di syurga." > >Kata orang Yahudi: "Benar apa yang kamu katakan itu >Muhammad. Katakan kepada kami kelebihanmu antara semua >para nabi-nabi." > >Sabda Rasullullah S.A.W.: "Seorang nabi mengunakan doa >mustajabnya untuk membinasakan umatnya, tetapi saya >tetap menyimpankan doa saya (untuk saya gunakan >memberi syafaat pada umat saya di hari kiamat). > >Kata orang Yahudi: "Benar apa yang kamu katakan itu >Muhammad, kini kami mengakui dengan ucapan Asyhadu >Alla illaha illallah, wa annaka Rasulullah (kami >percaya bahawa tiada Tuhan kecuali Allah dan engkau >utusan Allah)." [ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ] |