VoyForums
[ Show ]
Support VoyForums
[ Shrink ]
VoyForums Announcement: Programming and providing support for this service has been a labor of love since 1997. We are one of the few services online who values our users' privacy, and have never sold your information. We have even fought hard to defend your privacy in legal cases; however, we've done it with almost no financial support -- paying out of pocket to continue providing the service. Due to the issues imposed on us by advertisers, we also stopped hosting most ads on the forums many years ago. We hope you appreciate our efforts.

Show your support by donating any amount. (Note: We are still technically a for-profit company, so your contribution is not tax-deductible.) PayPal Acct: Feedback:

Donate to VoyForums (PayPal):

Login ] [ Contact Forum Admin ] [ Main index ] [ Post a new message ] [ Search | Check update time | Archives: 123 ]
Subject: Re: islam inside


Author:
Riyanti
[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]
Date Posted: 21:47:45 09/15/05 Thu
In reply to: author 's message, "islam inside" on 02:06:28 01/10/05 Mon

>Ali bin Abi Talib r.a berkata : "Sewaktu Rasullullah
>S.A.W duduk bersama para sahabat muhajirin dan ansar,
>maka dengan tiba-tiba datanglah satu rombongan
>orang-orang Yahudi lalu berkata :" Ya Muhammad, kami
>hendak tanya kepada kamu kalimat-kalimat yang telah
>diberikan oleh Allah kepada Nabi Musa A.S. yang tidak
>diberikan kecuali kepada para Nabi utusan Allah atau
>malaikat muqarrab."
>
>Lalu Rasullullah S.A.W. bersabda: "Silakan bertanya."
>
>Berkata orang Yahudi: "Sila terangkan kepada kami
>tentang 5 waktu wajibkan oleh Allah ke atas umatmu."
>
>Sabda Rasullullah S.A.W. "Sembahyang Zuhur jika
>tergelincir matahari, maka bertasbihlah segala
>sesuaatu kepada tuhanNya. Sembahyang Asar itu ialah
>saat ketika Nabi Adam A.S. memakan buah Khuldi.
>Sembahyang Maghrib itu adalah saat Allah menerima
>taubat Nabi Adam A.S., maka setiap mukmin yang
>bersembahyang Maghrib dengan ikhlas kemudian dia
>berdoa meminta sesuatu pada Allah maka pasti Allah
>akan mengkabulkan permintaannya. Sembahyang Isya' itu
>ialah sembahyang yang dikerjakan oleh para Rasul-Rasul
>sebelumku. Sembahyang Subuh adalah sebelum terbit
>matahari, ini kerana apabila matahari terbit,
>terbitnya di antara dua tanduk syaitan dan di situ
>sujudnya tiap orang kafir."
>
>Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan dari
>Rasullullah S.A.W. mereka berkata: "Memang benar apa
>yang kamu katakan itu. Muhammad, katakanlah kepada
>kami apakah pahala yang akan didapati oleh orang yang
>sembahyang.
>
>Rasullullah S.A.W bersabda: "Jagalah waktu-waktu
>sembahyang terutama sembahyang yang pertengahan,
>sembahyang Zuhur, pada saat itu nyalanya neraka
>Jahanam, orang mukimin yang mengerjakan sembahyang
>pada ketika itu akan diharamkan ke atasnya wap api
>neraka Jahanam pada hari Kiamat."
>
>Sabda Rasullullah S.A.W. lagi:"Manakala sembahyang
>Asar, adalah saat dimana Nabi Adam A.S. memakan buah
>Khuldi. Orang mukmin yang mengerjakan sembahyang Asar
>akan diampunkan dosanya seperti bayi yang baru lahir."
>
>Setelah itu Rasullullah S.A.W. membaca ayat yang
>bermaksud: "Jagalah waktu-waktu sembahyang terutama
>sekali sembahyang yang pertengahan., sembahyang
>Maghrib itu adalah saat di mana taubat Nabi Adam A.S.
>diterima. Seorang mukimin yang ikhlas mengerjakan
>sembahyang Maghrib kemudian meminta sesuatu dari Allah
>maka Allah akan perkenankan.
>
>Sabda Rasullullah S.A.W.:"Sembahyang Isya' (atamah).
>Katakan kubur itu adalah sangat gelap dan begitu juga
>pada hari Kiamat, maka seorang mukmin yang berjalan
>dalam malam yang gelap untuk pergi menunaikan
>sembahyang Isya' berjamaah, Allah S.W.T. haramkan dari
>terkena nyalanya api neraka dan diberinya cahaya untuk
>menyeberangi titi sirath.
>
>Sabda Rasullullah S.A.W. seterusnya: "Sembahyang Subuh
>pula, seorang mukmin yang mengerjakan sembahyang subuh
>selama 40 hari secara berjamaah, diberi oleh Allah
>S.W.T. dua kebebasan iaitu:
>
>1. Dibebaskan dari api neraka
>2. Dibebaskan dari nifaq.
>
>Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan dari
>Rasullullah S.A.W. maka mereka berkata:"Memang
>benarlah apa yang kamu katakan itu wahai Muhammad
>(S.A.W). Kini katakan pula kepada kami semua kenapakah
>Allah S.W.T.
>mewajibkan puasa 30 hari ke atas umatmu?"
>
>Sabda Rasullullah S.A.W.: 'Ketika Nabi Adam memakan
>buah pohon yang dilarang, lalu makanan itu tersangkut
>dalam perut Nabi Adam A.S. selama 30 hari. Kemudian
>Allah S.W.T. mewajibkan ke atas keturunan Adam
>A.S.berlapar selama 30 hari. Sementara izin makan
>diwaktu malam itu adalah sebagai kurnia Allah S.W.T.
>kepada makhlukNya.
>
>Kata orang Yahudi: "Wahai Muhammad, memang benarlah
>apa yang kamu katakan itu. Kini terangkan kepada kami
>ganjaran pahala yang diperolehi dari puasa itu.
>
>Sabda Rasullullah S.A.W.: "Seorang hamba yang berpuasa
>dalam bulan Ramadhan dengan ikhlas kepada Allah S.W.T.
>dia akan diberi oleh Allah S.W.T. 7 perkara:
>
>1. Akan dicairkan daging haram yang tumbuh dari
>badannya (daging yang tumbuh
>dengan makanan yang haram).
>2. Rahmat Allah sentiasa dekat dengannya.
>3. Diberi oleh Allah sebaik-baik amal.
>4. Dijauhkan dari merasa lapar dan haus.
>5. Diringan baginya siksa kubur (siksa yang sangat
>mengerikan).
>6. Diberikan cahaya oleh Allah S.W.T. pada hari Kiamat
>untuk menyeberang titian
>sirath.
>7. Allah S.W.T. akan memberinya kemudian di syurga."
>
>Kata orang Yahudi: "Benar apa yang kamu katakan itu
>Muhammad. Katakan kepada kami kelebihanmu antara semua
>para nabi-nabi."
>
>Sabda Rasullullah S.A.W.: "Seorang nabi mengunakan doa
>mustajabnya untuk membinasakan umatnya, tetapi saya
>tetap menyimpankan doa saya (untuk saya gunakan
>memberi syafaat pada umat saya di hari kiamat).
>
>Kata orang Yahudi: "Benar apa yang kamu katakan itu
>Muhammad, kini kami mengakui dengan ucapan Asyhadu
>Alla illaha illallah, wa annaka Rasulullah (kami
>percaya bahawa tiada Tuhan kecuali Allah dan engkau
>utusan Allah)."

[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]

Replies:
Subject Author Date
Re: islam insideSoni Trinardi20:43:48 10/04/05 Tue

    Re: islam insidebobby05:33:16 10/23/05 Sun

    Re: islam insideWinarsito07:11:29 03/24/06 Fri


    Post a message:
    This forum requires an account to post.
    [ Create Account ]
    [ Login ]
    [ Contact Forum Admin ]


    Forum timezone: GMT-8
    VF Version: 3.00b, ConfDB:
    Before posting please read our privacy policy.
    VoyForums(tm) is a Free Service from Voyager Info-Systems.
    Copyright © 1998-2019 Voyager Info-Systems. All Rights Reserved.