VoyForums
[ Show ]
Support VoyForums
[ Shrink ]
VoyForums Announcement: Programming and providing support for this service has been a labor of love since 1997. We are one of the few services online who values our users' privacy, and have never sold your information. We have even fought hard to defend your privacy in legal cases; however, we've done it with almost no financial support -- paying out of pocket to continue providing the service. Due to the issues imposed on us by advertisers, we also stopped hosting most ads on the forums many years ago. We hope you appreciate our efforts.

Show your support by donating any amount. (Note: We are still technically a for-profit company, so your contribution is not tax-deductible.) PayPal Acct: Feedback:

Donate to VoyForums (PayPal):

Login ] [ Main index ] [ Post a new message ] [ Search | Check update time ]


[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]

Date Posted: 08:50:09 08/22/06 Tue
Author: kibar Jalur Gemilang
Subject: Rakyat Sarawak diminta kibar Jalur Gemilang

Rakyat Sarawak diminta kibar Jalur Gemilang

KUCHING: Rakyat Sarawak diingatkan sentiasa mensyukuri nikmat kemerdekaan yang dikecapi melalui Malaysia, dengan mengibarkan Jalur Gemilang sempena Hari Kebangsaan Ke-49, 31 Ogos ini.


Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) Negeri, Abdul Karim Rahman Hamzah, berkata kemerdekaan negara ini tidak mudah dikecapi, sebaliknya ia hasil pengorbanan generasi pejuang sebelumnya.

"Kita bertuah kerana hidup di negara merdeka, bebas dari belenggu penjajahan. Justeru, kita seharusnya bersyukur dan menyemai semangat patriotisme untuk mengingati kemerdekan negara setiap masa," katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Acara Konvoi Merdeka Jalur Gemilang Bermotosikal dan Ceramah Kesedaran Keselamatan Jalan Raya Asajaya 2006, di sini semalam.

Karim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Asajaya, berkata kesenangan hidup yang dinikmati generasi selepas merdeka menyebabkan ramai dari kalangan masyarakat tidak mempedulikan sambutan kemerdekaan.

"Sebenarnya, mereka lupa apa yang dicapai pada hari ini adalah hasil titik peluh, air mata, susah payah dan keperitan hidup pejuang kemerdekaan terdahulu," katanya.

Beliau turut mengingatkan ibu bapa supaya memberi pengetahuan mengenai erti kemerdekaan kepada anak-anak mereka kerana ia penting supaya golongan muda masa kini tahu betapa besarnya nilai kemerdekaan.

Sambil memuji usaha yang ditunjukkan oleh Komuniti Bestari Kampung Tambirat dengan menganjurkan konvoi berkenaan adalah satu usaha yang baik kerana ia akan menyemarakkan lagi semangat kemerdekaan di kalangan masyarakat terutamanya di luar bandar.

"Ini jelas menunjukkan bahawa kita mempunyai semangat patriotisme yang tinggi untuk memperingati bulan kemerdekaan," katanya.

[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]

Post a message:
This forum requires an account to post.
[ Create Account ]
[ Login ]

Forum timezone: GMT-8
VF Version: 3.00b, ConfDB:
Before posting please read our privacy policy.
VoyForums(tm) is a Free Service from Voyager Info-Systems.
Copyright © 1998-2019 Voyager Info-Systems. All Rights Reserved.