VoyForums
[ Show ]
Support VoyForums
[ Shrink ]
VoyForums Announcement: Programming and providing support for this service has been a labor of love since 1997. We are one of the few services online who values our users' privacy, and have never sold your information. We have even fought hard to defend your privacy in legal cases; however, we've done it with almost no financial support -- paying out of pocket to continue providing the service. Due to the issues imposed on us by advertisers, we also stopped hosting most ads on the forums many years ago. We hope you appreciate our efforts.

Show your support by donating any amount. (Note: We are still technically a for-profit company, so your contribution is not tax-deductible.) PayPal Acct: Feedback:

Donate to VoyForums (PayPal):

Login ] [ Contact Forum Admin ] [ Main index ] [ Post a new message ] [ Search | Check update time ]


[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]

Date Posted: 02:27:14 01/28/06 Sat
Author: Polis Takut dengan bayang-bayang sendiri
Subject: Tiada tolak ansur


Tiada tolak ansur - Polis -- Banyak pihak kini `teropong' perjalanan PDRM cari kesalahan

Oleh: OPAT RATTANACHOT(Utusan Malaysia-28-01-20060

KUALA LUMPUR 27 Jan. - Polis Kuala Lumpur tidak akan menggunakan lagi banyak budi bicara atau bertolak ansur kepada mereka yang melanggar undang-undang dan peraturan.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mustafa Abdullah berkata, tindakan tersebut dibuat berikutan banyak pihak kini yang dikatakan cuba `meneropong' perjalanan pasukan polis untuk mencari kesalahan.

``Jangan sekali-kali menggunakan banyak budi bicara selepas ini kerana walaupun berniat baik, ia mungkin disalah tafsir dan mengundang kecelakaan kepada diri sendiri dan pasukan,'' tegasnya ketika berucap pada majlis perhimpunan bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Menurut Mustafa, dalam kes kesalahan trafik misalnya, anggota polis dinasihatkan tidak lagi teragak-agak mengeluarkan saman ke atas pemandu yang melanggar peraturan jalan raya.

Ini kerana katanya, tindakan melambat-lambatkan atau banyak budi bicara hanya akan menyebabkan pihak-pihak tertentu lebih berasa sangsi dengan polis.

``Jangan terhegeh-hegeh dan bercakap banyak dengan pesalah. Jangan juga gunakan banyak budi bicara.

``Lebih baik kita dikutuk kerana tidak bertolak ansur dalam menjalankan tugas daripada ditohmah sebagai mengambil rasuah, tiada integriti atau memilih bulu,'' katanya.

Beliau berkata, sepanjang tahun lalu, polis Kuala Lumpur telah mencatatkan pelbagai kejayaan antaranya membanteras jenayah, dadah dan menangani isu-isu keselamatan.

Bagaimanapun, katanya, tidak ramai yang menunjukkan tanda penghargaan kepada polis sebaliknya sentiasa bertindak meneropong mencari kesalahan.

``Namun, walaupun orang tak hargai, walaupun apa jua orang kata, saya harap kita orang polis, jangan sekali-kali berputus asa dan luntur semangat,'' katanya.

Dalam pada itu, Mustafa memberitahu, polis Kuala Lumpur akan cuba memperbaiki `masa respons' sesuatu kes daripada 15 minit sebelum ini kepada 12 minit selepas laporan sesuatu kes jenayah diterima.

[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]

Post a message:
This forum requires an account to post.
[ Create Account ]
[ Login ]
[ Contact Forum Admin ]


Forum timezone: GMT-8
VF Version: 3.00b, ConfDB:
Before posting please read our privacy policy.
VoyForums(tm) is a Free Service from Voyager Info-Systems.
Copyright © 1998-2019 Voyager Info-Systems. All Rights Reserved.