VoyForums
[ Show ]
Support VoyForums
[ Shrink ]
VoyForums Announcement: Programming and providing support for this service has been a labor of love since 1997. We are one of the few services online who values our users' privacy, and have never sold your information. We have even fought hard to defend your privacy in legal cases; however, we've done it with almost no financial support -- paying out of pocket to continue providing the service. Due to the issues imposed on us by advertisers, we also stopped hosting most ads on the forums many years ago. We hope you appreciate our efforts.

Show your support by donating any amount. (Note: We are still technically a for-profit company, so your contribution is not tax-deductible.) PayPal Acct: Feedback:

Donate to VoyForums (PayPal):

Login ] [ Contact Forum Admin ] [ Main index ] [ Post a new message ] [ Search | Check update time ]


[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]

Date Posted: 03:42:41 09/19/01 Wed
Author: HAJI BAKAR
Subject: Sehari di Penamaan Calon N60 Limbang

18/9/01 Limbang-
Entah kenapa tiba-tiba aku terasa berminat untuk melihat secara dekat bagaimana suasana dihari penamaan calon di Limbang ini,mungkin sebelum ini kerusi N60 bukanlah kerusi panas berbanding kali ini.
Seawal pukul 7.45 pagi aku sudah sampai di dewan Suarah Limbang,yang ada cuma beberapa orang petugas Dewan Suarah serta beberapa orang anggota Polis disana.Dalam hatiku terdetik "tak lah hebat sangat Limbang kali kali ni seperti yang digembar gemburkan",selang 5 minit kemudian sampailah calon pertama yang bakal bertanding iaitu saudara Charlie Soh bersama 3 orang pengiringnya.Kulihat Charlie ni memang cali dan aku dapat rasakan inilah calon yang bakal hilang wang pertarohannya.Kalaulah bekas calon Keadilan ni menang kerusi ni tak taulah apa akan jadi dgn Limbang.Aku berdoa agar orang ni bakal di tolak pencalonannya.
Selepas itu sampai lah saudara Said Mohiddin bersama dengan lebih kurang 30 orang penyokongnya.Sesampai beliau di pintu pagar aku memerhatikan mulutnya terkumat kamit membacakan sesuatu mungkin selawat keatas nabi minta direstukan perjuangannya.Kejernihan mukanya pagi ini dapat kurasakan bahawa inilah bakal YB Limbang yang baru.Inilah wajah yang bakal menggugat penguasaan Cina di Limbang selama lebih dari 40 tahun.Beberapa penyokongnya berkata bahawa mereka sebenarnya bukan menentang kerajaan tetapi tak sanggup lagi melihat kekayaan negeri Limbang dikaut dgn. sewenang-wenangnya olih orang Cina.Insyaallah Said Mohiddin pasti menang.Cuma berkempen lah dgn. lebih giat untuk menerangkan kedudukan sebenar terhadap penduduk Limbang.
Selepas itu sampailah Richard Wong bersama dgn beribu orang pengikutnya sambil mengibarkan bendera Barisan Nasional.Cara mereka ala gengstar krn yang mengetuai perarakan mereka ku lihat seorang lelaki Cina bertubuh besar dan berambut perang(memang macam gengstar)diikuti olih semua penyokong dari berbagai bangsa,inilah yang menyedihkan apabila bangsa sendiri sanggup menggadai maruah demi RM30.00,sehelai t-shirt dan sebiji topi dimana kalau dinilai dalam lingkungan RM40.00 kesemuanya.Hitungkanlah RM40.00 dibahagi dgn 5 tahun.(5x12x365)dibahagikan dgn RM40.00,itulah pendapatan anda untuk hari ini.Ya Allah,sedarkan lah bangsaku,amin!
Kemudian dalam keghairahan penyokong BN membodek Wong & family itu muncul lah di celah-celah itu sdr Stanley Ukong bersama tiga pengikutnya juga bercita-cita untuk menjadi calon mungkin untuk mewakili kaum Bisaya yang juga sememangnya tidak berpuashati dgn penguasaan Wong selama ini.Syabas Bisaya.
Selepas itu muncul lah calon Keadilan diiringi dgn l/kurang 40 penyokong dan laungan reformasi mereka.Mereka mempertaruhkan sdr Hamdan Maiden sebagai calon.Siapakah sdr Hamdan@Amran ini?Setelah bergelumang lebih dari 30 tahun dalam arena politik Limbang,inilah pertama kali saya mendengar nama ini,dari mana beliau muncul walaupun orang tempatan tetapi saya rasa beliau adalah "bidan terjun dari Keadilan".Mampukah bidan terjun ini mewakili rakyat Limbang menyuarakan masalah kita bersama?
Saudara pembaca sekelian begitulah senario dihari penamaan calon di Limbang hari ini.Alhamdulillah seramai dua orang calon telah ditolak pencalonannya yang tinggal lagi 3 orang.Terpulang lah pada kita semua untuk memilih siapakah yang paling layak untuk mewakili kitani.Apakah kita masih sanggup lagi ketinggalan berbanding Daerah lain krn selama ini kita memang ketinggalan!!!!Sebenarnya daerah Limbang adalah kaya cuma kekayaan kita telah diperah olih orang lain.Sepatutnya kekayaan ini semestinya disalur untk kemajuan Limbang!!!!!!!!!!!!SELAMAT MENGUNDI.
KUNCI untuk membuka pintu rahsia kekayaan dan kemungkaran di Limbang.

[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]

Post a message:
This forum requires an account to post.
[ Create Account ]
[ Login ]
[ Contact Forum Admin ]


Forum timezone: GMT-8
VF Version: 3.00b, ConfDB:
Before posting please read our privacy policy.
VoyForums(tm) is a Free Service from Voyager Info-Systems.
Copyright © 1998-2019 Voyager Info-Systems. All Rights Reserved.