VoyForums
[ Show ]
Support VoyForums
[ Shrink ]
VoyForums Announcement: Programming and providing support for this service has been a labor of love since 1997. We are one of the few services online who values our users' privacy, and have never sold your information. We have even fought hard to defend your privacy in legal cases; however, we've done it with almost no financial support -- paying out of pocket to continue providing the service. Due to the issues imposed on us by advertisers, we also stopped hosting most ads on the forums many years ago. We hope you appreciate our efforts.

Show your support by donating any amount. (Note: We are still technically a for-profit company, so your contribution is not tax-deductible.) PayPal Acct: Feedback:

Donate to VoyForums (PayPal):

Login ] [ Contact Forum Admin ] [ Main index ] [ Post a new message ] [ Search | Check update time ]


[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]

Date Posted: 06:21:05 04/26/03 Sat
Author: Polis
Subject: Tidak Semua nya JAHAT (Ehsan US)

Polis bersedia hulur bantuan
kepada yang memerlukan

SRI AMAN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) kontinjen Sarawak bersedia untuk
menghulurkan bantuan setakat yang pihaknya mampu kepada golongan yang
memerlukan.

Pesuruhjaya Polis Kontinjen Sarawak, Dato Haji Mohd Yusoff Haji Jaafar berkata,
kesediaan pihak polis membantu golongan masyarakat yang menghadapi kesusahan
adalah penting memandangkan masyarakat boleh menjadi saluran penting untuk
membantu pihak polis membanteraskan jenayah di negeri ini.

"Pihak polis sentiasa menghargai jasa orang awam dalam membantu mengurangkan atau
membanteras jenayah.

"Oleh itu adalah penting untuk kita mengambil berat hal kebajikan mereka," katanya ketika
berucap pada majlis perasmian penyerahan anak kunci rumah kepada isteri mendiang Lans
Kopral Wickson Saliboh Lambong iaitu Puan Sirie Sawa di Kampung Abok, Kilometer 79,
Jalan Kuching-Sri Aman di sini, semalam.

Menurut Yusoff, pihak polis sedar bahawa sekiranya orang ramai enggan memberikan
kerjasama kepada pihak polis untuk menyelesaikan sesuatu kes jenayah, maka adalah amat
sukar bagi pihaknya melaksanakan tanggungjawab menjaga keselamatan negeri ini dengan
lebih berkesan.

Justeru beliau berharap semua golongan masyarakat mengambil peluang keadaan yang
aman sekarang untuk mewujudkan kerjasama erat dengan pihak polis dalam membendung
kes jenayah yang terus berleluasa di negeri ini.

Usaha pihak polis dalam memberikan bantuan serta meringankan beban keluarga anggota
polis dan orang awam yang menghadapi kesusahan telah dilaksanakan menerusi Projek
Jiwa Murni PDRM.

Projek ini yang dilaksanakan tidak lama dahulu, tidak mengetepikan keluarga mendiang
Lans Kopral Wickson dengan membina rumah baru untuk mereka.

Mendiang Wickson Saliboh yang telah berkhidmat selama 29 tahun dalam PDRM
meninggal dunia kerana menghidapi sejenis penyakit.

Beliau meninggalkan seorang balu serta empat orang anak dan pihak PDRM telah
menugaskan seramai 22 anggotanya untuk membantu keluarga berkenaan membina
sebuah rumah baru yang bernilai RM27,000.

Turut hadir pada majlis itu ialah Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, SAC 1 Abang
Abdul Wahab, Komander Bridged Sarawak Pasukan Gerakan Am, SAC 11 Nyomek Nyeap,
Timbalan Residen Sri Aman, Encik Abdul Kadir Zainuddin dan Ketua Polis Daerah, DSP
Hamid Bulat.



This material is subject to copyright and any unauthorised use or copying is prohibited. Copyright
©1999 Sarawak Press Sdn. Bhd. All rights reserved.

[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]

Post a message:
This forum requires an account to post.
[ Create Account ]
[ Login ]
[ Contact Forum Admin ]


Forum timezone: GMT-8
VF Version: 3.00b, ConfDB:
Before posting please read our privacy policy.
VoyForums(tm) is a Free Service from Voyager Info-Systems.
Copyright © 1998-2019 Voyager Info-Systems. All Rights Reserved.