VoyForums
[ Show ]
Support VoyForums
[ Shrink ]
VoyForums Announcement: Programming and providing support for this service has been a labor of love since 1997. We are one of the few services online who values our users' privacy, and have never sold your information. We have even fought hard to defend your privacy in legal cases; however, we've done it with almost no financial support -- paying out of pocket to continue providing the service. Due to the issues imposed on us by advertisers, we also stopped hosting most ads on the forums many years ago. We hope you appreciate our efforts.

Show your support by donating any amount. (Note: We are still technically a for-profit company, so your contribution is not tax-deductible.) PayPal Acct: Feedback:

Donate to VoyForums (PayPal):

Login ] [ Contact Forum Admin ] [ Main index ] [ Post a new message ] [ Search | Check update time | Archives: 12345678910 ]
Subject: Kuasa -Kuasa YDPA


Author:
samdol
[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]
Date Posted: 14:10:15 08/02/05 Tue

Nampaknya masih ada yang tidak dapat memahami dengan jelas akan maksud "Ketua Negara" dan "ketua Kerajaan". Adalah ditegaskan sekali lagi bahawa YDPA ialah Ketua Negara manakala PM adalah ketua Kerajaan. Sementara itu peringkat negeri pula, ketua negeri dikenali dengan pelbagai nama seperti Sultan, Raja atau Yang di-Pertuan Besar juga Yang Dipertua Negeri sementara ketua kerajaan pula ialah Menteri Besar atau Ketua Menteri. Perkara ini telah termaktub dengan jelas dalam Perlembagaan Malaysia. Mengikut konsep ulil amri pula sudah semestinyalah YDPA adalah pemimpin tertinggi kerana baginda merupakan Ketua Negara.

Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Perlembagaan negara telah digubal dengan mengadakan syarat-syarat untuk pengalaman sistem ini. Salah satu syarat sistem Demokrasi Berparlimen adalah pembahagian kuasa kepada tiga bahagian di dalam pemerintahan, iaitu Perundangan, Kehakiman dan Pentadbiran atau Eksekutif.

Malaysia juga merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem Demokrasi berasaskan kepada sistem Persekutuan. Sehubungan dengan itu, ia bermakna negeri-negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak , Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sarawak dan Sabah telah bersetuju dengan konsep penubuhan Negara Malaysia.

Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Perlembagaan negara telah digubal dengan mengadakan syarat-syarat untuk pengalaman sistem ini. Salah satu syarat sistem Demokrasi Berparlimen adalah pembahagian kuasa kepada tiga bahagian di dalam pemerintahan, iaitu Perundangan, Kehakiman dan Pentadbiran atau Eksekutif.

Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong juga menjadi Kepala Utama Negara dan Baginda adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Negara. Baginda akan menjalankan tugas-tugas di bawah Perlembagaan mengikut nasihat Perdana Menteri atau Jemaah menteri. Raja-raja pula menjadi Ketua Negeri masing-masing dan menjalankan tugas mengikut nasihat Menteri-menteri Besar atau Ketua-ketua Menteri. Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong adalah Ketua Agama Islam bagi negeri-negeri Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, dan Wilayah-wilayah Persekutuan.


Perdana Menteri Malaysia adalah ketua pemerintahan Malaysia. Secara rasmi beliau dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong, Raja Malaysia, dan biasanya pemimpin parti politik terkuat dalam parlimen (Dewan Rakyat). Sejak kemerdekaannya pada 1957, semua Perdana Menteri berasal dari UMNO, parti terbesar dalam Barisan Nasional (dikenali sebagai Perikatan hingga pilihan raya 1969).

Ada kekhuatiran bahawa kaum Melayu, baik dari UMNO mahupun Parti Islam Se-Malaysia, akan melarang seorang bukan-Bumiputera (misalnya dari etnik Tionghua) dari menjadi Perdana Menteri, namun Pemerintah telah berulang kali meyakinkan para rakyat bahawa perlembagaan Malaysia tidak mewajibkan seorang Perdana Menteri seorang Bumiputera.

Kuasa Eksekutif, iaitu kuasa untuk memerintah, diberi di bawah Perkara 39 Perlembagaan Malaysia kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agung, tetapi diselenggarakan oleh Jemaah Menteri yang diketuai oleh Perdana Menteri. Jemaah Menteri adalah bertanggungjawab terus kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Setiap tindakan eksekutif Kerajaan Persekutuan adalah disalurkan daripada kuasa Diraja, sama ada secara langsung atau tidak langsung.

Walau bagaimanapun, mengikut prinsip sistem pemerintahan berdemokrasi, Ketua Eksekutif ialah Perdana Menteri.




Ada persoalan mengenai Perlembagaan Persekutuan Perkara 39 yang menyatakan:

"Kuasa pemerintah bagi Persekutuan adalah terletak pada Yang di-Pertuan Agong dan tertakluk kepada peruntukan mana-mana undang-undang persekutuan dan peruntukan Jadual Kedua, kuasa itu boleh dijalankan olehnya atau oleh Jemaah Menteri atau oleh mana-mana Menteri yang diberikuasa oleh Jemaah Menteri, tetapi Parlimen boleh dengan undang-undang memberi tugas-tugas pemerintah kepada orang-orang lain".

Kenyataan di atas boleh memberikan banyak salah faham, ada yang berfahaman bahawa:-

1) Yang di-Pertuan Agong ada Kuasa Pemerintah bagi Persekutuan.
2) Berdasarkan undang-undang persekutuan dan Jadual Kedua, Kuasa Pemerintah boleh diberi kepada:
a) Agung atau
b) Jemaah Menteri atau
c) Mana-mana menteri yang diberikuasa oleh Jemaah Menteri atau
d) orang lain

3) Tapi untuk kes 2(d), Kuasa Pemerintah boleh diberi kepada orang lain hanya dengan kebenaran Parlimen sebab memang ada undang-undang yang membenarkan Parlimen berbuat demikian.



Sementara itu ada yang memahaminya sebagai:-

1. kuasa eksekutif (kuasa untuk memerintah) dimiliki oleh YDPA, tetapi pemerintahan dilaksanakan oleh kabinet on behalf of YDPA.
2. kabinet bertanggung jawab kepada YDPA (kalau YDPA tanya, kena menjawab). this is the logic consequence dari no.1
3. YDPA adalah ketua eksekutif negara (macam CEO dalam kompeni, ada jawatan dengan gaji paling besar tapi tak dak buat apa)
4. semua akta (bil undang-undang yang diluluskan parlimen) datang dari YDPA (lepas zaman Tun Dr Mahathir, walaupun YDPA tak sain, even tak setujupun tetap datang dari YDPA)
5. untuk memenuhi prinsip-prinsip demokrasi, PM menjadi ketua eksekutif untuk kerajaan (note beza negara/kerajaan), dan beliau mempunyai semua jentera untuk melaksanakan pemerintahan seperti dalam 1.



Sebenarnya Perlembagaan Persekutuan Perkara 39 tidak boleh dibaca sendirian tetapi ia perlu dibaca bersama Perlembagaan Persekutuan Perkara 40.

"Perlembagaan Persekutuan Perkara 40. Yang di-Pertuan Agong hendaklah bertindak mengikut nasihat.

(1) Pada menjalankan tugas-tugasnya di bawah Perlembagaan ini atau di bawah undang-undang persekutuan, Yang di-Pertuan Agong hendaklah bertindak mengikut nasihat Jemaah Menteri atau nasihat seseorang Menteri yang bertindak di bawah kuasa am Jemaah Menteri, kecuali sebagaimana diperuntukkan selainnya oleh Perlembagan ini; tetapi Yang di-Pertuan Agong adalah berhak, atas permintaannya, mendapat apa-apa maklumat mengenai pemerintahan Persekutuan yang boleh didapati oleh Jemaah Menteri.

(1A) Pada menjalankan fungsi-fungsinya di bawah Perlembagaan ini atau undang-undang persekutuan, jika Yang di-Pertuan Agong dikehendaki bertindak mengikut nasihat, atas nasihat, atau selepas menimbangkan nasihat, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menerima dan bertindak mengikut nasihat itu.

(2) Yang di-Pertuan Agong boleh bertindak menurut budi bicaranya pada melaksanakan tugas-tugas yang berikut iaitu:


(a) melantik seorang Perdana Menteri;

(b) tidak mempersetujui permintaan membubar Parlimen;

(c) meminta supaya diadakan suatu mesyuarat Majlis Raja-Raja yang semata-mata mengenai keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja dan mengambil apa-apa tindakan dalam mesyuarat itu, dan dalam apa-apa hal lain yang tersebut dalam Perlembagaan ini.

(3) Undang-undang Persekutuan boleh membuat peruntukan bagi mengkehendaki Yang di-Pertuan Agong bertindak pada menjalankan tugas-tugas yang lain daripada yang berikut, selepas berunding dengan atau atas syor mana-mana orang atau kumpulan orang yang lain daripada Jemaah Menteri:

(a) tugas-tugas yang boleh dijalankan menurut budi bicaranya;

(b) tugas-tugas lain jika untuk menjalankannya peruntukan ada dibuat dalam mana-mana Perkara lain."



Cuba kita amati Perkara 43(6) Perlembagaan Persekutuan yang berbunyi:
"Sebelum seseorang Menteri menjalankan tugas-tugas jawatannya dia hendaklah mengangkat dan menandatangani di hadapan Yang Dipertuan Agong suatu sumpah jawatan dan taat setia dan juga sumpah rahsia yang dinyatakan dalam jadual keenam".

Perkara 43(5) jelas menyebut: "Tertakluk kepada fasal (4), Menteri-menteri yang lain daripada Perdana Menteri adalah memegang jawatan selama
diperkenankan oleh Yang diPertuan Agong, melainkan jika perlantikan mana-mana Menteri telah dibatalkan oleh Yang diPertuan Agong atas nasihat
Perdana Menteri, tetapi mana-mana Menteri boleh meletakkan jawatannya".

Manakala perkara 40(1) berbunyi: "Pada menjalankan tugas-tugasnya di bawah perlembagaan ini atau di bawah undang-undang persekutuan, Yang diPertuan
Agong hendaklah bertindak mengikut nasihat Jemaah Menteri atau nasihat seseorang Menteri yang bertindak di bawah kuasa am Jemaah Menteri, kecuali
sebagaimana diperuntukkan selainnya oleh Perlembagaan ini; tetapi Yang diPertuan Agong adalah berhak, atas permintaannya, mendapat apa-apa
maklumat mengenai pemerintahan Persekutuan yang boleh didapati oleh Jemaah Menteri"

Disertakan di sini sebahagian daripada kuasa YDPA


A. Fungsi berkaitan dengan Parlimen

1. Berkuasa mengistihar Ordinan semasa darurat jika kedua Dewan Rakyat dan Dewan Negara tidak bersidang Perkara 150 (2B).
2. Yang Dipertuan Agong adalah sebahagian dari Parlimen: Perkara 44. Bagaimanapun beliau tidak duduk dalam Parlimen seperti anggota-anggota
kedua-dua Dewan.
3. Berkuasa memanggil atau memprorog (progogue) sidang Parlimen: Perkara 55 (1) & (2).
4. Berkuasa membubar Dewan Rakyat: Perkara 55 (2) dan Perkara 40 (2) (6).
5. Hak untuk merasmi/membuka sidang satu atau kedua-dua Dewan secara bersama atau berasingan: Perkara 60.
6. Kecuali mengikut Perkara 66 (4B), perkenan baginda adalah diperlukan sebelum satu-satu Rang Undang-Undang menjadi Undang-Undang: Perkara 66 (1).
7. Berkuasa melantik kerani - Dewan Negara dan Dewan Rakyat: Perkara 65.
8. Berkuasa dalam perlantikan 43 senator: Perkara 45 (1).
9. Kuasa untuk melambatkan rang undang-undang bukan kewangan: Perkara 66 (4).
10. Berfungsi berkaitan pembentangan penyata kewangan ekonomi negara pada setiap tahun kewangan : Perkara 99 (1)
11. Fungsi berkaitan dengan penerimaan laporan Kua Audit Negara dan pembentangan di Dewan Rakyat : Perkara 107 (1) & 112 A (1)

B. Fungsi Eksekutif

1. Perlantikan PM, Menteri-menteri Kabinet dan Timbalan-timbalan Menteri: Perkara 43 (1) & (2) dan 43A.
2. Pelucutan jawatan Menteri-menteri selain dari PM Perkara 43 (5).
3. Menerima apa-apa maklumat berkaitan dengan kerajaan yang di dalam pengetahuan kabinet: Perkara 40(1).
4. Perlantikan dan pemecatan seseorang dalam Jabatan Perkhidmatan Awam: Perkara 132 (2A) dan 135.
5. Perlantikan dan pemecatan ahli-ahli Suruhanjaya, dan Majlis-majlis yang dibentuk di bawah Perlembagaan; antaranya Suruhanjaya Pilihanraya (Perkara 114), Majlis Angkatan Tentera (Perkara 137), Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Undang-undang (Perkara 138), Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (Perkara 139), Suruhanjaya Pasukan Polis (Perkara 140) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran(Perkara 141A (2)).
6. Berfungsi sebagai pemerintah tertinggi angkatan tentera Perkara 41.
7. Perlantikan Lembaga Penasihat yang bertanggungjawab terhadap kes-kes tahanan pencegahan: Perkara 151 (2).
8. Bertanggungjawab meneliti dan menilai syor-syor lembaga penasihat mengenai kes-kes tahanan pencegahan: Perkara 151 (1) (b).
9. Kuasa untuk mengistihar darurat: Perkara 150 (1).
10. Kuasa mengistihar mana-mana kawasan dalam sesebuah negeri sebagai 'kawasan pembangunan': Perkara 92 (1).
11. Kuasa dan tanggung jawab memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera negeri-negeri Sabah dan Sarawak dan menjaga kepentingan kepentingan sah kaum-kaum lain: Perkara 153 (1).

C. Fungsi Berkaitan Kehakiman

l. Yang dipertuan Agong boleh merujuk kepada mahkamah Agong untuk mendapat pendapat mahkamah mengenai mana-mana peruntukan Perlembagaan: Perkara 130.
2. Berkuasa dalam perlantikan hakim-hakim Mahkamah Agong dan Mahkamah Tinggi termasuk Ketua Hakim Negara : Perkara 122B.
3. Kuasa untuk memberhentikan, mempersarakan, atau memecat hakim-hakim Mahkamah Tinggi menurut peruntukan Perlembagaan: Perkara 125.
4. Perlantikan Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Undang-undang: Perkara 138.
5. Kuasa bagi mengampun dan menangguhkan hukuman-hukuman mengenai kesalahan yang telah dibicarakan Perkara 42 (1)

[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]

Replies:
Subject Author Date
Can i know about kepentingan perkara 153 ?Wong Siew Lee11:30:07 07/16/07 Mon
perkara 3 perlembagaan malaysiasyuhada14:27:36 02/22/08 Fri
Pendapat/Idea utk dikongsiLynee01:11:05 09/11/09 Fri


Post a message:
This forum requires an account to post.
[ Create Account ]
[ Login ]
[ Contact Forum Admin ]


Forum timezone: GMT+8
VF Version: 3.00b, ConfDB:
Before posting please read our privacy policy.
VoyForums(tm) is a Free Service from Voyager Info-Systems.
Copyright © 1998-2019 Voyager Info-Systems. All Rights Reserved.