VoyForums
[ Show ]
Support VoyForums
[ Shrink ]
VoyForums Announcement: Programming and providing support for this service has been a labor of love since 1997. We are one of the few services online who values our users' privacy, and have never sold your information. We have even fought hard to defend your privacy in legal cases; however, we've done it with almost no financial support -- paying out of pocket to continue providing the service. Due to the issues imposed on us by advertisers, we also stopped hosting most ads on the forums many years ago. We hope you appreciate our efforts.

Show your support by donating any amount. (Note: We are still technically a for-profit company, so your contribution is not tax-deductible.) PayPal Acct: Feedback:

Donate to VoyForums (PayPal):

Login ] [ Contact Forum Admin ] [ Main index ] [ Post a new message ] [ Search | Check update time | Archives: 1[2]345678910 ]
Subject: Wajarkah Menjatuhkan Pemerintah yang Mencabuli hak asasi bersuara?


Author:
Muslim
[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]
Date Posted: 19:42:37 04/22/06 Sat

Assalamualaikum w.b.t…….pertama sekali,terima kasih kepada saudara-saudara yang sudi membahaskan artikel yang saya keluarkan tempoh hari. Diharapkan saudara-saudara sekalian dapat mengambil manfaat dari artikel tersebut. Artikel pada kali ini akan membincangkan adakah wajar rakyat memjatuhkan pemerintah yang mencabuli hak asasi kebebasan bersuara.

Asas dan teras kebebasan bersuara dalam Islam adalah berpaksikan tindakan rakyat menentang pemerintah yang zalim dan rakus. Ini merupakan prinsip asas bagi hak asasi manusia menurut Islam.

Musyawarah merupakan dasar Islam yang pertama dalam aspek ketatanegaraan dan sosial bernegara. Asas musyawarah adalah kepimpinan sebagai amanah dan kepengikutan(rakyat) sebagai ibadah dalam ta’ah. Menjadi kewajipan bagi pemerintah untuk bermusyawarah dan rakyat bermuhasabah kepada pemerintah. Amanah terbatal apabila pemerintah membelakangi musyawarah dan dengan itu menjadi hak rakyat untuk memecat pemerintah.

Mengikut syariat Islam mengenai dasar hak asasi manusia, pemerintah tidak menguasai rakyat tetapi keputusan dan tindakan rakyat dikuasai suara rakyat berpandukan prinsip musyawarah. Musyawarah adalah ekspresi kebebasan bersuara rakyat yang diperuntukkan syariat Islam dalam menegur, menasihat, memberi pandangan dan memecat pemerintah. Imam-imam agung mazhab fiqh merupakan pengasas dan pejuang hak asasi dalam Islam. Semua mereka mengalami seksaan dari pemerintah lampau kerana kelangtangan mereka mengenai kebebasan bersuara. Disini saya akan coretkan serba sedikit kisah Imam Abu Hanifah r.a. semasa zaman daulah Umaiyah dan zaman daulah Abbasiyyah.

Ketika zaman pemerintahan Bani Umaiyah, Imam Abu Hanifah berpendirian bahawa khalifah yang menaiki takhta pada masa kepimpinan Bani Umaiyah telah membelakangi musyawarah dengan menaiki takhta tanpa restu dan baiah rakyat. Mereka menegakkan sistem dinasti dan menghapuskan sistem khilafah. Menghapuskan sistem khilafah bermakna membunuh musyawarah dan membunuh musyawarah bermakna menghancurkan hak kebebasan bersuara milik rakyat yang disyariatkan oleh Islam.

Imam Abu Hanifah telah mengeluarkan fatwa dengan menyatakan adalah sah disisi syarak dan mnjadi hak rakyat untuk rakyat bangkit menggunakan kekuatan bersenjata memerangi pemerintah yang berkuasa dengan membelakangi musyawarah dengan ummah. Ekoran dari fatwa berkenaan, Imam Abu Hanifah telah dipaksa oleh pemerintah Bani Umaiyah untuk menarik balik fatwa beliau tetapi beliau enggan. Akibatnya, beliau telah dipenjarakan dan diseksa. Fatwa beliau telah mencetuskan kebangkitan Bani Abbasiyyah. Apabila pemerintah Bani Abbasiyyah memegang tampuk kekuasaan,keadaan seperti zaman Bani Umaiyah juga turut berlaku iaitu memerintah secara monarki dan sekali lagi Imam Hanifah menegaskan fatwa yang pernah dikeluarkan dan akibatnya sama seperti yang menimpa beliau semasa pemerintah Bani Umaiyah iaitu dipenjara dan diseksa atas keengganan beliau menarik balik fatwa yang dikeluarkannya.

Perkara boleh kita rujuk kepada sebuah kitab fiqh karangan beliau beliau yang dinamakan
Fiqh Al-Akbar. Kitab fiqh itu dimulakan dengan persoalan akidah dan persoalan rububiyyah dan uluhiyyah Allah s.w.t.. Dasar hukum Islam dan ketatanegaraan adalah tentang mendaulatkan mulkiyyah Allah s.w.t.. Ubudiyyah adalah teras utama kepada seluruh persoalan fiqh menurut Imam Abu Hanifah. Termaktub dalam persoalan Ubudiyyah itu adalah tuntutan melaksanakan musyawarah dalam pemerintahan dan kenegaraan. Fiqh ad-daulah adalah berpandukan kepada akidah dan syariah. Tuntutan menjayakan musyawarah merupakan tuntutan akidah dan syariah.

Oleh itu bagi Imam Abu Hanifah, persoalan musyawarah yang menjamin kebebasan bersuara mesti dipertahankan habis-habisan walaupun dengan titisan darah terakhir. Masyarakat sivil Imam Abu Hanifah dan kemudiannya diikuti oleh Imam Malik, Imam Syafie dan Imam Ahmad mengembangkan asas-asas kebebasan bersuara ummah. Setakat ini sahaja nukilan saya yang dapat saya nukilkan dan saudara-saudara dapat mengambil manfaat dari tulisan saya ini. Sekian salam sejahtera daripada saya, wassalam `ala man ittiba`a al-huda.

[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]

Replies:
Subject Author Date
Apakah maksud kebebasan dalam Islam?Asabakri01:50:23 04/23/06 Sun
KALAU BAGI KEBASAN KEPADA PAS ATAU SEKUTUNYA LEBIH MENJAHANAMKANcoksiko21:17:33 05/08/06 Mon


Post a message:
This forum requires an account to post.
[ Create Account ]
[ Login ]
[ Contact Forum Admin ]


Forum timezone: GMT+8
VF Version: 3.00b, ConfDB:
Before posting please read our privacy policy.
VoyForums(tm) is a Free Service from Voyager Info-Systems.
Copyright © 1998-2019 Voyager Info-Systems. All Rights Reserved.