| Subject: Khursani Reiki |
Author: Mazlan (A Must)
| [ Next Thread |
Previous Thread |
Next Message |
Previous Message
]
Date Posted: 19:57:02 05/25/08 Sun
LATARBELAKANG
Tenaga telah wujud lebih awal berbanding dengan tubuh kasar manusia, yang merupakan asal usul kejadian manusia sebelum terbentuknya janin dalam kandungan. Tenaga hidup ini adalah kurniaan Allah Yang Maha Esa dan dikurniakan kepada manusia (alam saghir) dan juga kepada alam semester (alam kabir). Adalah diketahui bahawa semua ciptaan Tuhan di alam ini bergerak dan bergetar seperti yang telah dinamakan oleh sains fizik sebagai “Simple Harmonic Motion”. Getaran ini mempunyai kelajuan (velocity), jarak gelombangnya (wavelength) dan kekerapan (frequency) sendiri. Getaran ini menghasilkan suatu tenaga yang boleh menjelajah dari satu arah ke satu arah dengan menggunakan affirmasi atau niat kerana tenaga tidak ada sekatan ruang dan masa dan dapat bergerak dengan sangat pantas “Energy Follows Thought” dan ini dapat dimanafaatkan untuk kebaikan umat manusia.
Tenaga hidup ini dikenali dengan berbagai-bagai panggilan seperti Prana, Chi, Orgone, Mana, Odic Force, Creative Force, dan dalam bahasa Melayu ia juga dipanggil sebagai Tenaga Hayat atau Khursani.
Nama Khursani Reiki ialah gabungan nama dua tenaga iaitu “Khursani” yang bermaksud tenaga yang bersemayam di dalam diri yang ada pada setiap manusia dan “Reiki” yang bermaksud tenaga yang berada di luar diri manusia iaitu tenaga dari alam semester atau dipanggil “Cosmic Energy”
Khursani dikatakan bersemayam disuatu tempat tersembunyi iaitu dihujung tulang belakang atau tulang sulbi manusia. Khursani perlu diaktifkan supaya Khursani (tenaga hidup) itu boleh terhubung dan bergabung dengan sumber tenaga yang lebih besar iaitu tenaga kosmik dan boleh digunakan secara efektif. Pengaktifan ini membolehkan anda mengakses dan menyalurkan tenaga tadi untuk diri sendiri atau kepada orang lain ataupun objek lain. Ini bermakna pengaktifan secara Khursani Reiki ialah mengwujudkan kembali keadaan perhubungan yang seimbang (Law of Equilibrium) dengan memyalurkan tenaga positif untuk mengimbangi tenaga negatif seperti penyakit fizikal, tekanan emosional atau minda..
OBJEKTIF
• Menerapkan pengetahuan Khursani Reiki sebagai satu alternatif penyembuhan untuk masaalah fizikal,emosi dan mental
• Mengetahui bagaimana untuk menggunakan kebolehan secara efektif dan efisien.
PERLAKSANAAN PROGRAM
• Pengaktifan/Pembukaan
• Syarahan
• Latihan individu
YURAN KURSUS
• RM500.00 seorang
PERHUBUNGAN / TEMUJANJI
• En. Mohd Faizal 017-2433217
• En. Hardi 013-2077976
• En. Abdullah 019-3674670
• En. Ahmad Khalil 012-2193607
PENGANJURAN PROGRAM
EP Concepts
117, Jalan Landak 20/13
40000,Shah Alam
Selangor.
PERINGATAN PENTING
Khursani Reiki bukan satu pertubuhan agama, persilatan dan tidak berkaitan dengan mana-mana pertubuhan yang lain. Ia merupakan organisasi yang menyampaikan salah satu cabang ilmu iaitu suatu teknik penyembuhan alternatif dan penyembuhan ini telah dapat dibukti oleh sains fizik dalam kajian tenaga gelombang dan ianya telah dapat diterima oleh masyarakat moden seperti teknik penyembuhan akupunktur, refleksologi, yoga, qigong, urut dan lain-lain. Teknik Khursani Reiki tidak menggunakan simbol, mentra, asap kemenyan, menurun, azimat, khadam, atau mahkluk halus dan tanpa mengubah pegangan atau mengikut sesuatu agama dan adat sesuatu kaum.
[
Next Thread |
Previous Thread |
Next Message |
Previous Message
] |
|