Subject: Re: tolonglah saya.. saya isteri curang!! |
Author:
PokMe
|
[
Next Thread |
Previous Thread |
Next Message |
Previous Message
]
Date Posted: 06:26:25 02/02/11 Wed
In reply to:
nuni
's message, "tolnglah saya.. saya isteri curang!!" on 22:47:07 03/06/05 Sun
sila konteks saya dss untuk perbincangan selanjutnya.
>akum..
>saya mepunyai masalah yang cukup besar kiranya. saya
>telah berkahwin lebih dari setahun. tapi suami saya
>tpaksa menyambung pelajarannya di oversea. baru 4
>bulan menikmati kehidupan berumahtangga suami
>meninggalkan saya untuk melanjutkan plajaran. suami
>sudah balik sebanyak 2 kali untuk tempoh setahun. dan
>itu pun tak lama. tak sampaipun sebulan. saya pula
>menyambung plajaran di unversiti tempatan.
>
>masalah saya bermula apabila saya menjadi rapat dgn
>teman sekelas. pada mulanya hubungan kami sekadar
>kawan baik. tapi tanpa saya sedari dia mempunyai
>perasaan lain terhadap saya. pada mulanya apabila
>menyedari keadaan itu, saya mula menjauhkan diri
>darinya. namun, kesunyian yang mencengkam di hati saya
>telah mengheret saya sama kedalam jerat cinta
>terlarang ini.
>
>kami pernah membuat keputusan untuk berpisah kerana
>sedar apa yang kami lakukan ini salah dari sisi agama,
>tapi apakan daya, kami punyai iman yang tipis,
>akhirnya kecundang dgn godaan syaitan.
>
>dia bagi saya terlalu baik. memahami saya dan satu2nya
>tempat saya bermanja dan meluahkan suka duka. dia tak
>punya banyak wang. dan bukanya seorang yang macho.
>tapi sikapnya sentiasa di sisi saya dan manyayangi
>saya amat menyentuh perasaan saya.
>
>saya tidak meletakkan kesalahan ini kepadanya, saya
>sendiri ataupun suami, kerana saya menganggap kami
>sebagai mangsa keadaan.
>
>suami saya, insan terbaik yang pernah saya temui.
>menyintai saya sepenuh hatinya, baik dan memahami
>saya, dan terlau mempercayai saya. tdk pernah menyekat
>pergaulan sosial saya dgn kawan2. pendek kata suami
>saya mmg memenuhi ciri2 lelaki impian saya.
>
>tapi satu yang kurang, dia jauh dari saya. dia tak
>mampu menjadi teman suka duka saya dan tidak dapat
>memanjai saya dgn belaian kasih sayang. saya akui saya
>kesunyian. pernah satu ketika kawan2 masing2 sebok dgn
>partner masing2 dan saya kesorangan kesunyian di
>rumah. tak tahu kemana.menagis kebosanan di rumah.
>
>di kl saya hanya sebatang kara. keluarga semua jauh di
>kampung. saya hanya ada kawan2 di kl. tapi sampai bila
>saya nak berkepit dgn kawan dan ganggu privacy hidup
>mereka dgn partner diaorg. sampai nak tgk wayag pun
>kena ajak saya. bila jalan saya kat tgh. sampai bila
>saya nak kacau privacy kawan2.
>
>akhirnya saya mejalinkan hubungan dgnnya, kawan
>sekelas saya. dan hubungan kami telah sampai ke tahap
>serius. di mana saya sekarang tinggal bersamanya di
>sebuah apartment.
>
>saya tahu apa yang saya lakukan ini salah. tapi
>sekurang2nya saya bahagia walaupun kebahagiaan ini
>terlarang. takkanlah saya asyik nak duduk rumah
>menangisi kesorangan saya..
>
>kami tinggalbersama sudah hampir 4 bulan. kadang2 saya
>risau juga. persaan bersalah terhadap suami sering
>menghantui. saya tak mampu untuk membuat keputusan.
>untuk bercerai dgn suami, saya rasa itu bukan
>keputusan yang bijak kerana saya pasti akan menyesal
>seumur hidup sekiranya meninggalkan husband saya yang
>terlalu baik dan menyayangi saya ini.saya juga tak
>mampu unuk kecewakannya. untuk tinggalkan si dia, saya
>tak mampu untuk kehilangannya. tamakkah saya?
>benar, saya tak mampu untuk membuat keputusan. di luah
>mati mak ditelan mati bapak. saya pernah tinggalkan bf
>saya ni dulu, tapi dia jatuh sakit dan seminggu tak
>kerja. akhirnya saya kembali kepadanya kerana tak
>mampu melihat dia begitu dan saya sendiri tak terdaya
>untuk menangung kesedihan derita perpisahan ini.
>
>kadang2 saya terfikir..mati lagi baik. sekurang2nya
>saya takkan kecewakan sesiapapun. tapi saya seorang
>muslim yang tahu hukum membunuh diri. dan saya takut
>kematian saya nanti akan jadi isu satu negara dan
>akibatnya keluarga menaggung malu atas kelakuan saya
>ini. husband akan berada di oversea selama 3 tahun
>lagi..
>
>tolonglah saya.. berikanlah pendapat atas masalah saya
>ini. terlalu berat untuk saya tanggung dosa2 ini. tapi
>saya tak terdaya untuk memilih..
>tolonglah.. saya. semoga allah membalas budi baik anda
>yang sudi menolong saya. wassalam - isteri curang
[
Next Thread |
Previous Thread |
Next Message |
Previous Message
]
| |