VoyForums
[ Show ]
Support VoyForums
[ Shrink ]
VoyForums Announcement: Programming and providing support for this service has been a labor of love since 1997. We are one of the few services online who values our users' privacy, and have never sold your information. We have even fought hard to defend your privacy in legal cases; however, we've done it with almost no financial support -- paying out of pocket to continue providing the service. Due to the issues imposed on us by advertisers, we also stopped hosting most ads on the forums many years ago. We hope you appreciate our efforts.

Show your support by donating any amount. (Note: We are still technically a for-profit company, so your contribution is not tax-deductible.) PayPal Acct: Feedback:

Donate to VoyForums (PayPal):

Login ] [ Contact Forum Admin ] [ Main index ] [ Post a new message ] [ Search | Check update time | Archives: 1234 ]
Subject: Tawar hati


Author:
Alias (sedih dan malu)
[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]
Date Posted: 08:41:24 03/19/11 Sat
In reply to: Suzy 's message, "Restu Keluarga" on 01:12:52 06/15/10 Tue

salam,
Saya mempunyai seorang adik perempuan yang telah berkahwin dan tidak bekerja.Dia hanya suri rumah sepanjang masa dan mempunyai seorang anak. Suaminya bekerja sebagai seorang pengawal keselamat di sekolah tempat ayah mengajar. Ayah saya merupakan guru besar sekolah tersebut. Ayah merupakan seorang yang baik tetapi lebih cenderung kepada keluarganya di kampung berbanding isteri dan anak anak sendiri. Kami telah biasa dengan situasi ini. Seramai 5 orang adik beradik, kakak sulung telah pun berumah sendiri kerana tidak sanggup tinggal sebumbung dengan ayah. Sebelum berkahwin dan bergelar pegawai, kakak selalu dimalukan depan keluarga dikampung sehingga tahap yang tidak sanggup mendengarnya kerana sejarah hitam kakak ditangkap basah dengan suami. Sudah berjaya dalam pelajaran dan perkahwinan barulah ayah terhegeh2 nak berbaik semula tetapi kakak menerimanya seadanya. Situasi yang sama menimpa adik saya ini. Ayah sealu bercerita kepada keluarga sendiri tanpa segan silu tentang keburukan adik saya. adik saya juga berkahwin muda kerana didapati mengandung. Kami akui kesilapan ini dan memperjuangkan kehidupan nya bukan dengan membuangnya tetapi dengan mendorongnya agar terus belajar. Sebagai abang walaupun saya hanya seorang kerani, tetapi tidak pernah putus asa mendorong adik berjaya. Namun apabila keluarga datang berkunjung, ayah memang tidk pernah serik dengan menceritakan benda2 ini dan kami dilayan seperti sampah. di hina sesuka hati kerana kami dianggap duk menumpang dirumah. Kalau kami cuba mempertahankan maruah...dia mengugut menghalau kami dengan ibu keluar dari rumah seolah2 dia sahaja yang berkuasa dan betuldidunia ini. Puncanya tidak tahu kenapa...Saya cuba berfikiran positif terhadap ayah..tetapi dia kekal berkeras dan hanya mementingkan duit dan pangkat. sekiranya anak ada duit lebih walaupun pangkatnya dah tinggi, dia memang tidak senang kalau tidak diberi duit. Padahal, saya sakit menanggung adik belajar walaupun dia tidak pernah hulurkan walaupun sesen. Paling memalukan dia pernah mengambil duit adik tanpa saya sedar dengan alasan malaas nak ke mesin duit. Saya kadangkala berdoa pada tuhan kerana saban hari semakin tawar hati dek kecewa dengan perangai ayah yang tidak pernah menjadi inspirasi dan motivasi,yang ada hanya perkara buruk yang dijadikannya cerita hangat dan hiburan bersama keluarga dikampung. Kakak yang dahulunya dihina, setelah berduit baru dipuji sana sini sampai kakak hairan. Adik2 yang berpangkat rendah dan suri rumah tetap dihina. Apakah cara kerana sudah tidak sanggup tinggal serumah dengan ayah kerana berhasrat tinggal berasingan. Bukan berniat melawan orang tua, tetapi cuba mententeramkan jiwa adik yang selalu dihina ayah entah kenapa lebih2 lagi kalau saya tiada dirumah keluar bekerja. Saya akan dapat tahu kalau nampak mata adik merah menangis dan desak tanya apa yang berlaku....Tolonglah saya seolah2 tidak mampu berdiri di kaki sendiri...walaupun saya cuba...Saya memohon pendapat dan apakah cara saya menghadapi semua ini selain dari berpegang dengan perkataan "Sabar".....

[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]


Post a message:
This forum requires an account to post.
[ Create Account ]
[ Login ]
[ Contact Forum Admin ]


Forum timezone: GMT-8
VF Version: 3.00b, ConfDB:
Before posting please read our privacy policy.
VoyForums(tm) is a Free Service from Voyager Info-Systems.
Copyright © 1998-2019 Voyager Info-Systems. All Rights Reserved.