Subject: Topic: MELAYU PENDANG & ANAK BUKIT JANGAN JADI HAPRAK?. |
Author:
xyychromosomes
|
[
Next Thread |
Previous Thread |
Next Message |
Previous Message
]
Date Posted: 08:12:47 07/10/02 Wed
Perdana Menteri Malaysia, Dr.Mahathir Mohamad adalah satu-satunya yang mengaku melayu dan berjuang dalam politik atas nama melayu, tetapi menghentam, memalukan, menghaprakkan, melecehkan bangsa Melayu. Tengku Abdul Rahman sebenarnya terlebih dulu mengenali hati-budi Dr.Mahathir lalu dia memecatnya dari UMNO(baru), Dilema Melayu buku yang dikarang oleh Mahathir sebenarnya membuktikan siapakah sebenarnya Mahathir ini!. Dia adalah manusia ciptaan Tuhan yang memiliki dua genetik asas dari Melayu-bukan melayu. Dia secara jelas dan terang telah menghaprakkan, memalukan, melecehkan, menshitkan, menghentam dan segala keanjingan lain telah diletakan di dalam bukunya itu mengenai genetik Melayunya. Kerana?...ketika itu dia dipecat dari UMNO(baru). Setelah berada dipuncak sokongan orang melayu apabila diambil kembali ke UMNO(baru), dia sebaliknya menyanjung dan bangga pula dengan melayunya-bodek melayu, tetapi sekarang setelah dia tidak disukai oleh orang melayu, maka dia mengulangi semula cara kemarahan yang sama sepertimana yang pernah dibuatnya di dalam buku Dilema Melayu.
Namun, hakikatnya yang sebenar ialah Melayu tidak mengalami dilema pun, yang memulakan dilema itu ialah genetik bukan melayu di dalam diri Mahathir itu. Mahathir terbukti mempunyai tanggapan yang konsisten terhadap Melayu bahawa melayu ini genetiknya lemah, mudah lupa, boleh dihaprakkan dan semacam perkara hina lagi ditelakkan ke atas genetik melayu. Sebaliknya pula, beliau dengan megahnya mengatakan bahawa genetik bukan melayu di dalam dirinya adalah dominan.
Semua ini mengajak melayu-melayu anak bukit supaya fikir panjang, adalah mereka setuju untuk dihaprakkan dan setuju bahawa genetik dalam badannya risesif?. Perjuangan menyahkan semua tanggapan jahat terhadap bangsa melayu ini boleh dimulai dengan tidak mengundi UMNO(baru) di Anak Bukit dan Pendang. Kerana Mahathir telah menyebut bahawa Peralihan Kuasa berlaku dalam tempoh peletakan jawatanya....apakah yang dimaksudkan dengan Peralihan Kuasa itu?.....ianya adalah tidak lain dari memastikan kedurjanaan akan terus dipertahankan dan tanggapan terhadap melayu masih sama sepertimana yang dianggap oleh Mahathir. Jangan lupa, Bendahara Mandalia dan Datuk Karma Wijaya pernah menjadi pendurjana terhadap Negara ini. Jangan biarkan ia berulang...
[
Next Thread |
Previous Thread |
Next Message |
Previous Message
]
| |