Show your support by donating any amount. (Note: We are still technically a for-profit company, so your
contribution is not tax-deductible.)
PayPal Acct:
Feedback:
Donate to VoyForums (PayPal):
| [ Login ] [ Contact Forum Admin ] [ Main index ] [ Post a new message ] [ Search | Check update time | Archives: 1, 2, 3 ] |
| Subject: Re: 40 hadis | |
|
Author: gamze orhan |
[
Next Thread |
Previous Thread |
Next Message |
Previous Message
]
Date Posted: 10:08:44 11/10/05 Thu In reply to: author 's message, "40 hadis" on 02:10:21 01/10/05 Mon >Hadis Pertama >" Dari Amirul Mukminin Umar Al-Khattab r.a katanya : " >Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : - ' Hanyasanya >amalan-amalan itu adalah ( bergantung ) kepada niat, >dan hanyasanya bagi setiap manusia itu apa ( balasan ) >yang diniatkannya. Maka barangsiapa yang berhijrah >kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itu adalah >kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa yang >berhijrah kerana dunia yang ingin ia memperolehinya >atau kerana seorang perempuan yang ingin ia >menikahinya, maka hijrahnya itu adalah atas apa yang >ia berhijrah kerananya.' > >Hadis Kedua >Dari Umar Ibnul-Khattab r.a, katanya : Sedang kami >duduk di dalam majlis bersama Rasulullah SAW pada >suatu hari, tiba-tiba mucul di dalam majlis itu >seorang laki-laki yang berpakaian serba putih, >berrambut terlalu hitam, tiada kesan bahawa ia seorang >musafir, dan tiada antara kami yang mengenalinya, lalu >duduk ia bersama Rasulullah SAW, dan ditemukan kedua >lututnya dengan kedua lutut Rasulullah SAW serta >diletakkan kedua tapak tangannya ke atas kedua paha >Rasulullah SAW, lalu berkata : >Sipemuda : Khabarkan aku tentang Islam ? >Rasulullah : Islam, iaitu hendaklah mengucap syahadat >- bahawa tiada Tuhan melainkan Allah Ta'ala dan >bahawasanya Muhammad itu Rasulullah, dan hendaklah >bersembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa pada bulan >Ramadhan dan menunaikan haji ke Baitullah apabila >berdaya ke sana. >Sipemuda : Benar katamu. >( Berkata Umar r.a : Kami merasa hairan kepada tingkah >laku sipemuda itu, dia yang bertanya dan dia pula yang >mengiyakannya ) >Sipemuda : Khabarkanlah kepada ke tentang Iman ? >Rasulullah : Hendaklah engkau beriman kepada Allah, >Malaikat-MalaikatNya, Kitab-KitabNya, Rasul-RasulNya, >Hari Akhirat dan hendaklah engkau beriman kepada >taqdir Allah yang baikNya atau yang burukNya. >Sipemuda : Benar katamu ! Khabarkanlah kepadaku >tentang Ihsan ? >Rasulullah : Hendaklah engkau menyembah Allah >seolah-olah engkau melihatNya. Sekiranya engkau tidak >dapat melihatNya sesungguhnya Allah sentiasa dapat >melihat engkau. >Sipemuda : Khabarkan padaku tentang hari kiamat ?. >Rasulullah : Tiadalah orang yang ditanya itu lebih >mengetahui dari orang yang bertanya. >Sipemuda : Khabarkan padaku tentang tanda-tandanya ? >Rasulullah : Apabila hamba perempuan melahirkan >tuannya sendiri ; Apabila engkau melihat orang yang >berkaki ayam, tidak berpakaian, pengembala kambing ( >berbangga ) membina bangunan yang tinggi-tinggi. >( Kemudian beredar keluar sipemuda itu dari majlis >tersebut ) : >Rasulullah : Tahukan anda wahai Umar siapakah pemuda >yang menyoal kau tadi ? >Umar Al-Khattab : Allah dan RasulNya jua yang >mengetahui. >Rasulullah : Itulah Jibril a.s yang telah mendatangi >aku untuk mengajarkan kamu pelajaran agama kamu. > >Hadis Ketiga >" Dari Abu Abdul Rahman, Abdullah bin Umar r.a, >berkata : Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda >: ' Islam itu didirikan atas lima ( pekara ) - >Menyaksikan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, dan >bahawasanya Muhammad itu Rasulullah, mendirikan >sembahyang, mengeluarkan zakat, naik haji ke Baitullah >dan puasa sebulan Ramadhan. " > >Hadis Keempat >" Dari Abu Abdul Rahman, Abdullah bin Mas'ud r.a, >katanya Rasulullah SAW telah menceritakan kepada kami, >sedangkan baginda seorang yang benar dan dibenarkan >kata-katanya, sabdanya : ' Sesungguhnya sesaorang kamu >dikumpulkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 >hari berupa setitik air mani, kemudian menjadi >segumpal darah selama itu pula, kemudian seketul >daging seperti yand demikian itu juga, iaitu 40 hari. >Kemudian diutuskan kepadanya malaikat, lalu ditiupkan >roh kepadanya dan diperintahkan menulis empat pekara : >rezekinya, ajalnya, amalannya, celaka dan bahagianya. >Maka demi Allah yang tiada Tuhan selain daripadaNya, >sesungguhnya sesaorang kamu itu tetap akan beramal >dengan amalan ahli syurga sehinggalah di antaranya >dengan syurga itu jaraknya cuma sehasta sahaja. >Tiba-tiba dia telah didahului oleh tulisannya ( >suratan takdir ) sehingga dia beramal dengan amalan >ahli neraka, maka masuklah ia ke dalam neraka. Dan >sesungguhnya sesaorang kamu tetap akan beramal dengan >amalan ahli neraka sehinggalah di antara dirinya >dengan neraka cuma sehasta saja. Tiba-tiba dia telah >didahului oleh tulisannya sehingga dia beramal dengan >amalan ahli syurga, maka akhirnya masuklah dia ke >dalam syurga itu. " >Hadis Kelima >" Daripada Ummul Mukminin, Ummi Abdullah Aisyah r.a. >katanya : Telah bersabda Rasulullah SAW : ' >Barangsiapa yang mengada-adakan sesuatu dalam agama >yang bukan darinya adalah tertolak ', ~ diriwayatkan >dari Al-Bukhari dan Muslim. Dan pada riwayat yang lain >oleh Imam Muslim : " Barangsiapa yang melakukan >sesuatu amalan yang tidak dari perintah kami, maka ia >adalah tertolak. " >Hadis Keenam >"Dari Abu Abdullah An-Nu'man bin Basyir r.a. katanya : >saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda : ' >Sesungguhnya yang halal itu terang ( jelas ) dan yang >haram itu terang, dan di antara keduanya pula terdapat >pekara-pekara yang syubahat ( tidak terang halal atau >haramnya ) yang tiada diketahui oleh orang ramai. >Orang yang memelihara dirinya dari pekara-pekara yang >syubahat itu adalah seperti orang yang melindungi >agama dan kehormatan dirinya. Orang yang tergelincir >ke dalam pekara syubahat itu akan tergelincir masuk ke >dalam pekara haram. Laksana seorang pengembala di >pinggir sebuah tempat larangan, yang akhirnya lalai >dan masuk ia ke dalam tempat larangan itu. Adapun bagi >setiap raja sebuah tempat larangan, dan tempat >larangan Allah itu adalah pekara-pekara yang >diharamkanNya. dan ketahuilah pada setiap jasad itu >seketul daging. Andainya ia baik, baiklah seluruh >jasad itu dan sekiranya ia rosak maka rosaklah seluruh >jasad itu. Itulah hati. ' >Hadis Ketujuh >Dari Abu Ruqayah Tamim bin Aus Ad-Dhari r.a, >bahawasanya Nabi SAW bersabda : ' Agama itu adalah >nasihat. ' Kami sekelian bertanya : ' Untuk siapa ? ' >Maka jawab Rasulullah SAW : ' Bagi Allah, kitabNya, >RasulNya dan bagi penganjur-penganjur kaum Muslimin >dan orang awamnya. ' >Hadis Kelapan >Dari Ibn Umar r.a, bahawasanya Rasulullah SAW pernah >bersabda : ' Aku diperintahkan untuk memerangi manusia >sehinggalah mereka mengaku tiada tuhan selain Allah >dan bahawa Muhammad itu Rasulullah, dan mendirikan >sembahyang, memberi zakat, maka jika mereka melakukan >semua itu akan terselamatlah darah dan harata benda >mereka dariku, kecuali yang mana ada hak Islam padanya >dan perkiraan mereka terserahlah kepada Allah Ta'ala. >' >Hadis Kesembilan >Dari Abu Hurairah Abdul Rahman bin Sakhar r.a : " >Bahawa saya mendengar Rasulullah SAW bersabda : ' Apa >yang aku larang kamu lakukan maka hendaklah kamu >tinggalkannya, dan apa yang aku perintahkan kamu >lakukan hendaklah kamu lakukan sekadar kemampuan kamu. >Sesungguhnya telah binasa umat-umat yang sebelum kamu >disebabkan terlalu banyak bertanya serta >pertelingkahan mereka terhadap Nabi-Nabi mereka. >Hadis Kesepuluh >Dari Abu Hurairah r.a : Telah bersabda Rasulullah SAW >: " Sesungguhnya Allah Ta'ala itu baik, dia tidak akan >menerima melainkan yang baik sahaja. Dan sesungguhnya >Allah telah memerintahkan kaum Mukminin sama >sebagaimana Dia memerintahkan para Mursalin ( para >Rasul ). Allah berfirman : ' Wahai para Rasul, >makanlah dari yang baik-baik dan kerjakanlah amalan >yang saleh. ' Dan Allah berfirman lagi : ' Wahai >orang-orang yang beriman, makanlah dari makanan yang >baik yang Kami berikan kepada kamu. ' Kemudian >Rasulullah SAW mengisahkan tentang seorang lelaki yang >telah belayar jauh. Rambutnya kusut, berdebu, >mengangkat kedua belah tapak tangannya ke langit serta >memohon : Ya Tuhanku ! Ya Tuhanku ! Sedangkan >makanannya dari yang haram, minumannya dari yang haram >dan pakaiannya dari yang haram, dan dia telah >dikenyangkan dari sumber yang haram. Alangkah jauhnya >dia ( doanya ) untuk dikabulkan. ' >Hadis Kesebelas >Dari Abu Muhammad, Al-Hasan bin Ali bin Abu Talib, >cucu Rasulullah SAW dan kesayangannya r.a yang berkata >: " Aku menghafal dari Rasulullah SAW : ' >Tinggalkanlah apa yang meragukanmu kepada yang tiada >meragukanmu. " >Hadis Keduabelas >Dari Abu Hurairah r.a katanya: " Telah bersabda >Rasulullah SAW : " Sebaik-baik Islam sesaorang itu >adalah peninggalannya tentang apa yang tiada kena >mengena dengannya. " >Hadis Ketigabelas >Dari Abu Hamzah, Anas bin Malik r.a, khadam kepada >Rasulullah SAW, bersabda Nabi SAW : Tiada beriman >sesaorang kamu, sehinggalah ia mencintai saudaranya >sama seperti ia menyintai dirinya sendiri. >Hadis Keempatbelas >Dari Ibnu Mas'ud r.a, katanya : Telah bersabda >Rasulullah SAW : ' Tiada dihalalkan darah seorang >Muslim, kecuali atas satu dari tiga sebab ; janda yang >berzina, jiwa dengan jiwa ( membunuh tanpa hak ) dan >orang yang meninggalkan agamanya, yang memisahkan diri >dari jemaah.' >Hadis Kelimabelas >Dari Abu Hurairah r.a, bahawasanya Rasulullah SAW >bersabda : " Barangsiapa beriman kepada Allah dan Hari >Akhirat, hendaklah berkata yang baik atau berdiam >diri. Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan >Hari Akhirat, hendaklah berbuat baik kepada jiran >tetangganya. Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah >dan Hari Akhirat, hendaklah menghormati tetamunya. " >Hadis Keenambelas >Dari Abu Hurairah r.a, bahawasanya ada seorang telah >berkata kepada Nabi SAW : " Nasihatilah kepadaku ! " >Dijawab oleh Nabi SAW : " Jangan marah! " Orang itu >berulangkali meminta supaya dirinya dinasihati, maka >tetap Rasulullah SAW mengatakan : " Jangan marah ! " >Hadis Ketujuhbelas >Dari Abi Ya'la Syaddad bin Aus r.a, bahawa Rasulullah >SAW bersabda : " Sesungguhnya Allah telah mewajibkan >berihsan ( menyempurnakan sesuatu dengan baik ) >terhadap semua pekara. Seandainya kamu membunuh, maka >bunuhlah secara sempurna, dan apabila menyembelih maka >elukkanlah penyembelihan. Hendaklah sesaorang kamu >menajamkan mata pisaunya dan merehatkan >penyembelihannya. " >Hadis Kelapanbelas >Dari Abu Dzar, Jundub bin Junadah dan Abu Abdul >Rahman, Muaz bin Jabal r.a, dari Rasulullah SAW, >sabdanya : " Bertaqwalah kepada Allah di mana saja >engkau berada. Iringkanlah perbuatan jahat itu dengan >perbuatan baik, mudah-mudahan yang baik itu akan >memadam yang jahat. Dan berperangai kepada manusia >dengan dengan perangai yang bagus. " >Hadis Kesembilanbelas >Dari Abu Abbas, Abdullah bin Abbas r.a : " Bahawa pada >suatu hari saya sedang berada di belakang Rasulullah >SAW ( di atas binatang tunggangannya ), lalu sabda >baginda : ' Wahai anak kecil, sesungguhnya aku telah >mengajar kamu beberapa perkataan. Peliharalah ( >perintah ) Allah, nescaya Dia akan memelihara kamu, >peliharalah ( kehormatan ) Allah, nescaya engkau akan >merasakan Dia berada bersama-samamu. Jika engkau >memohon, pohonlah kepada Allah semata-mata. Jika >engkau meminta pertolongan mintalah kepada Allah >semata-mata. Ketahuilah bahawa jika semua umat manusia >berkumpul untuk memberikan kepadamu sesuatu menafaat, >nescaya mereka tidak akan mampu memberi menafaat itu, >melainkan dengan sesuatu yang telah ditaqdirkan oleh >Allah. Begitu juga sekiranya mereka berkumpul untuk >menentukan suatu mudharat untuk kamu, nescaya mereka >tidak akan mampu menentukannya, melainkan dengan suatu >yang telah ditentukan Allah ke atas kamu. Telah >diangkat kalam ( tulisan ) dan telah kering ( tinta ) >buku catitan. ' >Hadis Keduapuluh >Dari Abu Mas'ud, Uqbah bin Amru Al-Anshari Al-Badri >r.a, katanya : " Telah bersabda Rasulullah SAW : ' Di >antara sabda para Nabi yang terdahulu yang masih >dipakai untuk orang ramai ( sehingga kini ) ialah : >Jika engkau tiada malu, buatlah sesuka hati kamu. ' >Hadis Keduapuluh Satu >Dari Abu Amru dan dikatakan pula dari Abi Amrah Sufyan >bin Abdullah r.a, katanya : " Saya pernah bertanya >Rasulullah SAW : Ajarkanlah kepadaku suatu ajaran >mengenai Islam, yang tidak akan aku tanyakan lagi >daripadanya akan seorang yang selain daripada engkau. >Sabda Rasulullah SAW : ' Katakanlah, aku beriman >kepada Allah, kemudian hendaklah engkau beristiqamah.' >" >Hadis Keduapuluh Dua >Dari Abu Abdullah, Jabir bin Abdullah Al-Anshari r.a, >bahawasanya telah bertanya seorang lelaki kepada >Rasulullah SAW : " Apa pendapatmu jika saya menunaikan >semua sembahyang fardhu, dan aku berpuasa sebulan >Ramadhan, dan aku halalkan yang halal dan aku haramkan >yang haram, dan aku tidak menambahkan suatu atas >demikian itu, adakah aku masuk syurga? Jawab >Rasulullah SAW : Ya. " >Hadis Keduapuluh Tiga >Dari Abu Malik Al-Hariths bin Ashim Al-Ashya'ri r.a, >katanya : Telah bersabda Rasulullah SAW : ' Suci itu >sebahagian daripada iman, dan Alhamdullilah memenuhi >timbangan, dan Subhanallah Wal-Hamdullilah pula akan >memenuhi ruang antara langit dan bumi. Dan sembahyang >itu cahaya, dan sedekah itu bukti, dan sabar itu >sinaran dan Al-Quran itu dalil bagimu atau atasmu. >Setiap manusia berusaha, ada yang menjual dirinya, ada >yang memeliharanya dan ada yang membinasakannya. ' >Hadis Keduapuluh Empat >Dari Abu Dzar Al-Ghafiri r.a, dari Nabi SAW yang >meriwayatkan dari Tuhannya Allah Azzawajalla, >bahawasanya Tuhannya telah berkata : " Wahai >hamba-hambaKu ! Sesungguhnya aku telah mengharamkan >penganiayaan atas diriKu, dan Aku jadikan haram di >antara sesama kamu, maka janganlah kamu >aniaya-menganiayai. >Wahai hamba-hambaKu ! Kamu sekelian sesat, kecuali >siapa yang telah Aku berikan hidayat kepadanya. Maka >hendaklah kamu minta hidayat daripadaKu, nescaya Aku >akan memberi hidayat itu kepadamu. >Wahai hamba-hambaku ! Sekelian kamu lapar kecuali >siapa yang telah Aku berikan makanan kepadanya, maka >hendaklah kamu sekelain meminta makan daripadaKu, >nescaya Aku akan beri kamu makan. >Wahai hamba-hambaku ! Sekelian kamu bertelanjangan, >kecuali sesiapa yang aku berikan pakaian, maka >mintalah pakaian daripadaKu. >Wahai hamba-hambaku ! Sekelian kamu membuat kesalahan >pada waktu malam dan siang dan Akulah yang sahaja yang >mengampunkan segala dosa. Maka mintalah keampunan >daripadaKu, nescaya Aku akan mengampunkan segala >dosa-dosa kamu. >Wahai hamba-hambaku ! Kamu sekelian tidak mampu >merancang sesuatu mudharat untuk memudharatkan Aku, >dan kamu tidak mampu merancang sesuatu menafaat untuk >memenafaatkan Aku. >Wahai hamba-hambaku ! Jika sekiranya orang-orang yang >terdahulu dan orang-orang yang terkemudian di antara >kamu bersatu, samada dari jenis manusia atau jin, >semuanya bertaqwa seperti taqwanya hati seorang >manusia di antara kamu, nescaya yang demikian itu >tidak akan menambahkan barang sedikit pun pada >kerajaanKu. >Wahai hamba-hambaku ! Jika sekiranya orang-orang yang >terdahulu dan orang-orang yang terkemudian di antara >kamu bersatu, samada dari jenis manusia atau jin, >semuanya berhati jahat seperti jahatnya hati seorang >manusia di antara kamu, nescaya yang demikian itu >tidak akan mengurangkan barang yang sedikit pun pada >kerajaanKu. >Wahai hamba-hambaku ! Jika sekiranya orang-orang yang >terdahulu dan orang-orang yang terkemudian di antara >kamu bersatu, samada dari jenis manusia atau jin, >semuanya berkumpul pada sebuah tanah lapang lalu >masing-masing meminta padaKu, nescaya Aku akan >memperkenankan kepada tiap-tiap seorang itu akan >permintaannya, nescaya yang demikian tidak akan >mengurangkan sedikit pun dari apa yang Aku miliki, >melainkan seperti terkurangnya sebatang jarum yang >jatuh ke dalam laut. >Wahai hamba-hambaku ! Sebenarnya semua itu adalah >amalan-amalan kamu yang Aku catitkan bagi kamu >sekelian, kelak di kemudian hari akan Aku balas atas >tiap-tiap satu daripadanya. Oleh itu, barangsiapa >menerima kebaikan hendaklah ia memuji Allah dan >barangsiapa yang menerima sebaliknya janganlah ia >mencela kecuali dirinya sendiri. " >Hadis Keduapuluh Lima >Dari Abu Dzar Al-Ghafiri r.a jua, bahawasanya >segolongan manusia dari sahabat-sahabat Rasulullah >SAW, bertanya kepada Nabi SAW : " Wahai Rasulullah ! >Orang-orang kaya telah lebih banyak mendapat pahala. >Mereka sembahyang sebagaimana kami sembahyang, >berpuasa sebagaimana kami berpuasa dan mereka >bersedekah pula dengan harta kekayaan mereka yang >lebih itu." >Bersabda Nabi SAW : " Bukankah Tuhan telah menunjukkan >kamu cara-cara bagaimana kamu boleh bersedekah ? >Sesungguhnya dengan tiap-tiap tasbih itu sedekah, dan >tiap-tiap takbir itu sedekah, dan tiap-tiap tahlil itu >sedekah, dan pada tiap-tiap tahmid itu sedekah dan >pada tiap-tiap tahli itu sedekah, dan menyuruh berbuat >kebaikan itu sedekah dan melarang membuat kejahatan >itu sedekah, dan persetubuhan sesaorang dengan isteri >juga sedekah. " >Bertanya para sahabat : " Ya Rasulullah ! Adakah >sesaorang kami yang memuaskan syahwat dengan isterinya >mendapat pahala juga ? " >Bersabda Rasulullah SAW : " Apakah pendapat kamu >sekiranya sesaorang itu melepaskan syahwatnya pada >yang haram, adakah dosa atasnya ? Demikianlah pula, >jika ia melepaskan syahwatnya pada yang halal, adalah >baginya pahala. " >Hadis Keduapuluh Enam >Daripada Abu Hurairah r.a : Bahawa Nabi SAW telah >bersabda : " Setiap anggota manusia harus membuat >sedekah setiap hari apabila matahari terbit. Engkau >mendamaikan antara dua orang adalah sedekah. Dan >engkau menolong sesaorang menaiki tunggangannya atau >pun engkau menolong mengangkat baginya barang-barang >ke atas tunggangnya adalah sedekah, dan perkataan yang >baik itu sedekah. Dan pada tiap-tiap langkah menuju ke >tempat sembahyang adalah sedekah. Dan engkau >menjauhkan bahaya dari jalan laluan juga menjadi >sedekah. " >Hadis Keduapuluh Tujuh >Dari An-Nawwas bin Sim'an r.a, dari Nabi SAW yang >bersabda : " Kebajikan itu adalah budi pekerti yang >baik. Dan dosa pula adalah apa yang tersimpul di dalam >diri engkau dan engkau benci bahawa ia diketahui >manusia mengenainya. >~ Riwayat Muslim >Dari Abi Wabishah bin Ma'bad r.a : " Bahawa aku datang >kepada Rasulullah SAW lalu banginda bertanya : ' >Engkau datang bertanyakan erti kebajikan ? ' Aku >menjawab : ' Ya '. Sabda Rasulullah SAW lagi : ' >Tanyalah hati engkau. ' Kebajikan itu ialah apa yang >mententeramkan diri engkau kepadanya serta >mententeramkan hati. Manakala dosa pula ialah apa yang >mengganggu jiwa dan meragui dalam dada, walaupun orang >ramai telah memberikan engkau fatwa dan terus >menfatwakan sesuatu.' " >Hadis Keduapuluh Lapan >Dari Abi Najih bin Al-Irbadh bin Sariyah, katanya : " >Rasulullah SAW telah memberikan suatu nasihat kepada >kami yang mengeletarkan hati dan menitiskan air mata. >Maka kami berkata kepadanya : ' Wahai Rasulullah, >seolah-olah ini suatu nasihat yang terakhir, maka >berikanlah kepada kami suatu pesanan. ' Sabda >Rasulullah SAW : ' Saya berpesan kepada kamu supaya >sentiasa bertaqwa kepada Allah Azza wajalla serta >mendengar dan taat sekalipun kepada seorang hamba yang >memerinta kamu. Sesungguhnya orang-orang yang masih >hidup di antara kamu akan menyaksikan perselisihan >yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang kepada >sunnahku dan dan sunnah Khalifah Ar-Rasyiddin >Al-Mahdiyyin yang beroleh petunjuk ( daripada Allah ) >dan gigitlah ia dengan gigi geraham kamu ( berpegang >teguh dengannya dan jangan dilepaskan sunnah-sunnah >itu ). >Dan jauhilah kamu dari pekara-pekara yang diadakan, >kerana sesungguhnya tiap-tiap bida'ah itu menyesatkan. >' >Hadis Keduapuluh Sembilan >Dari Muaz bin Jabal r.a, berkata : " Khabarkan >kepadaku suatu amalan yang membolehkan aku masuk ke >dalam syurga dan menjauhkan aku dari neraka. " >Jawab Nabi SAW : " Sebenarnya engkau telah bertanya >suatu pekara yang besar, dan sesungguhnya amat mudah >sekali bagi sesiapa yang dimudahkan oleh Allah Ta'ala, >iaitu : Hendaklah engkau menyembah Allah dan tidak >menyekutukanNya dengan suatu yang lain. Engkau >mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa >sebulan Ramadhan dan mengerjakan haji ke Baitullah. " >Kemudian Nabi bersabda lagi : " Mahukah engkau aku >khabarkan pokok amalan, tiangnya dan kemuncaknya? " >Aku menjawab : " Mahu, ya Rasulullah . " Sabda baginda >: " Pokok amalan ialah Islam, tiangnya ialah >sembahyang dan kemuncaknya ialah jihad. " >Kemudian Nabi bersabda lagi : " Mahukah engkau aku >khabarkan kunci kepada semua pekara ini ? " Aku >menjawab : " Mahu, ya Rasulullah. " Lalu baginda >memegang lidahnya seraya berkata : " Awas, jaga ini >baik-baik. " >Aku bertanya : " Ya Rasulullah, adakah kami akan >dituntut kerana berkata dengannya ? " Baginda lalu >menjawab : " Dan tidak akan dicampakkan manusia ke >atas muka mereka atau batang hidung mereka ke dalam >neraka, melainkan hasil tutur bicara mereka. " >Hadis Ketigapuluh >Dari Abi Tsa'labah Al-Khusani, Jurthum bin Nashir r.a, >daripada Rasulullah SAW, yang bersabda : " >Sesungguhnya Allah Ta'ala telah memfardhukan beberapa >kewajipan, maka janganlah kamu mengabaikannya. Dan ia >telah menetapkan beberapa hudud ( batasan ), maka >janganlah kamu melampauinya. Dia telah mengharamkan >beberapa benda maka janganlah kamu melanggarnya. Dan >Dia telah mendiamkan beberapa pekara sebagai suatu >rahmat terhadap kamu, bukan kerana lupa maka janganlah >kamu membahas mengenainya. " >Hadis Ketigapuluh Satu >Dari Abu Abbas, Sahil bin Saad As-Sa'idd r.a, berkata >: " Telah datang seorang lelaki kepada Rasulullah SAW >dan bertanya : ' Ya Rasulullah, tunjukkan aku suatu >amalan, sekiranya aku buat, nescaya aku dicintai oleh >Allah dan orang ramai. ' >Maka dijawab Nabi : ' Hendaklah zahid di dunia, >nescaya engkau dicintai oleh Allah dan engkau zahid >pada apa yang ada di sisi manusia, maka nescaya engkau >dicintai oleh orang ramai. ' >Hadis Ketigapuluh Dua >Dari Abi Said Sa'd bin Malik bin Sinan Al-Khudri r.a, >bahawasanya Rasulullah SAW pernah bersabda : " Tiada >mudharat dan tiada memudharatkan. " >Hadis Ketigapuluh Tiga >Dari Ibn Abbas r.a bahawa Nabi SAW pernah bersabda : " >Jika dilayankan setiap orang dengan tuntutannya, >nescaya ada orang yang menuntut harta benda orang lain >dan ada pula yang menuntut darahnya. Akan tetapi yang >menuntut itu harus menbawa saksi, manakala yang >memungkiri harus bersumpah. " >Hadis Ketigapuluh Empat >Dari Abi Said Al-Khudri r.a, katanya : " Aku mendengar >Rasulullah SAW bersabda : " Barangsiapa di antara kamu >yang melihat kemungkaran, maka hendaklah ia >mengubahnya dengan tangannya ( kuasanya ). Sekiranya >ia tiada berkuasa maka hendaklah ia mengubahnya dengan >lidahnya ( nasihatnya ). Sekiranya ia tiada berkuasa >maka hendaklah ia mengubahkannya dengan hatinya ( >tidak meredhai perbuatan tersebut ). Dan yang demikian >adalah selemah-lemah iman. >Hadis Ketigapuluh Lima >Dari Abu Hurairah r.a, katanya : " Telah bersabda >Rasulullah SAW : ' Janganlah kamu berdengki-dengkian, >dan jangan kamu tipu-menipu, dan jangan >benci-membenci, dan jangan musuh memusuhi, dan jangan >kamu berjual beli atas jual beli setengah yang lain, >dan jadilah kamu sekelian sebagai hamba-hamba Allah >yang bersaudara. >Seorang Muslim adalah bersaudara sesama Muslim, tidak >boleh menganiayanya, tidak boleh membiarkannya >tertindas, tidak boleh mendustainya dan tidak boleh >menghinainya. >Taqwa itu berpunca dari sini - sambil Nabi SAW >menunjukkan ke dadanya tiga kali. Sudah memadailah >kejahatan seorang itu jika ia menghina saudaranya yang >Islam. Seorang Muslim ke atas seorang Muslim yang lain >diharamkan darahnya, harta bendanya dan kehormatannya. >' " >Hadis Ketigapuluh Enam >Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi SAW, dari Nabi SAW, >yang bersabda : " Barangsiapa yang melapangkan seorang >mukmin suatu kesusahan dari kesusahan-kesusahan dunia, >nescaya Allah akan melepaskan dirinya dari suatu >kesusahan dari kesusahan-kesusahan di hari kiamat. >Dan barangsiapa yang meringankan penderitaan seorang >yang susah, nescaya Allah akan meringankan penderitaan >dirinya di dunia dan di akhirat. >Barangsiapa yang menutup keaipan seorang Muslim, >nescaya Allah akan menutup keaipannya di akhirat. Dan >Allah selalu menolong hambaNya, selagi hambaNya >berusaha menolong saudaranya. >Barangsiapa yangmenuju satu jalan untuk menuntut ilmu, >nescaya Allah akan memudahkan suatu jalan baginya ke >syurga. Dan tidak berhimpun suatu kelompok manusia >dalam suatu rumah dari rumah-rumah Allah, mereka >membaca Kitabullah dan mempelajarainya antara sesama >mereka, melainkan diturunkan ke atas perhimpunan >mereka ketenteraman, diliputi oleh rahmat., di >kelilingi oleh para Malaikat dan disebut Allah kepada >sesiapa yang di sisiNya. Sesiapa yang dilengahkan oleh >amalannya maka tidak akan dipercepatkan oleh >keturunannya. " >Hadis Ketigapuluh Tujuh >Dari Ibn Abbas r.a dari Rasulullah SAW yang >meriwayatkan hadis ini daripada Tuhannya Tabaraka Wa >Ta'ala, katanya : " Sesungguhnya Allah telah >menetapkan yang baik dan yang jahat, dan telah >menerangkan keduanya itu. Maka barangsiapa yang >bercita kepada kebaikan, kemudian ia tidak >mengerjakannya - Allah akan mencatit disisinya satu >hasanah yang sempurna. Dan jika ia melaksanakan, >nescaya Allah akan mencatitkan di sisiNya sepuluh >hasanah hingga tujuh ratus kali lipat ganda dan hingga >sampai beberapa kali ganda banyaknya. Dan jika ia >bercita-cita mengerjakan sesuatu kejahatan kemudian >tidak dilakukannya, Allah akan mencatitkan di sisiNya >satu hasanah yang sempurna. Jika ia meneruskan >cita-citanya yang jahat itu dan melakukannya, Allah >akan mencatitkan baginya satu kejahatan sahaja. >~ Bukhari dan Muslim dalam kitab sahih keduanya. >Hadis Ketigapuluh Lapan >Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW telah >bersabda : " Sesungguhnya Allah Ta'ala berfirman : >Barangsiapa yang memusuhi waliKu ( orang yang setia >padaku ), maka sesungguhnya aku mengisytiharkan perang >terhadapnya. Dan tiada seorang hambaku yang >bertaqarrub ( beramal ) kepadaKu dengan sesuatu yang >lebih Ku cintai hanya dari ia menunaikan semua yang ku >fardhukan ke atas dirinya. Dan hendaklah hambaKu >sentiasa bertaqarrub dirinya kepadaKu dengan nawafil ( >ibadat sunat ) sehingga Aku mencintainya. Maka apabila >Aku telah mencintainya, nescaya adalah Aku sebagai >pendengarannya yang ia mendengar dengannya, dan >sebagai penghilantannya yang ia melihat dengannya, dan >sebagai tangannya yang ia bertindak dengannya, dan >sebagai kakinya yang ia berjalan dengannya. Dan >sekiranya ia meminta kepadaKu nescaya Aku berikan >kepadanya, dan sekiranya ia memohon perlindungan >kepadaKu nescaya Aku lindungi ia >Hadis Ketigapuluh Sembilan >Dari Ibn Abbas r.a, bahawa Rasulullah SAW telah >bersabda : " Sesungguhnya Allah memaafkan bagiku >daripada umatku segala perbuatan dari kesilapan dan >kelupaan dan segala yang dipaksa ke atas diri mereka >Hadis Keempatpuluh >Dari Ibn Umar r.a., katanya : " Rasulullah SAW telah >memegang bahuku dan bersabda : ' Anggaplah dirimu di >dunia ini sebagai seorang perantau, atau pengembara. ' >Maka Ibn Umar berkata : "Jika engkau berada di waktu >petang, maka janganlah engkau menunggu pagi. Dan jika >engkau berada di waktu pagi maka janganlah engkau >menunggu petang. Gunakanlah waktu sihatmu sebelum >datang waktu sakit. Dan gunakanlah waktu hidupmu >sebelum datang waktu mati. " >Hadis Keempatpuluh Satu >Dari Abu Muhammad Abdullah bin Amru bin Al-Ash r.a >katanya : " Telah bersabda Rasulullah SAW : ' Tiada >beriman sesaorang dari kamu sehingga hawa nafsunya >patuh kepada apa yang aku sampaikan. ' " >Hadis Keempatpuluh Dua >Dari Anas r.a, katanya : " Aku mendengar Rasulullah >SAW bersabda : ' Telah berfirman Allah Ta'ala : >Wahai anak Adam ! Setiap kali engkau berdoa berharap >kepadaKu, Aku akan tetap mengampunimu atas segala dosa >yang engkau lakukan, dan Aku tiada peduli. >Wahai anak Adam ! Andaikata dosa-dosa kamu setinggi >langi kemudian kamu memohon keampunanKu, nescaya Aku >akan mengampunimu. >Wahai anak Adam ! Andaikata engkau datang padaku >dengan dosamu sepenuh bumi ini, kemudian engkau >menemuiKu, pada hal tiada engkau menyekutui akan Aku >dengan sesuatu pun, nescaya Aku akan datang kepadamu >dengan keampunan sepenuh bumi pula. [ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ] |
| Subject | Author | Date |
| Re: 40 hadis | winarsito | 07:13:27 03/24/06 Fri |