VoyForums

Login ] [ Contact Forum Admin ] [ Main index ] [ Post a new message ] [ Search | Check update time | Archives: 123 ]
Subject: Re: 40 hadis


Author:
winarsito
[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]
Date Posted: 07:13:27 03/24/06 Fri
In reply to: author 's message, "40 hadis" on 02:10:21 01/10/05 Mon

>Hadis Pertama
>" Dari Amirul Mukminin Umar Al-Khattab r.a katanya : "
>Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : - ' Hanyasanya
>amalan-amalan itu adalah ( bergantung ) kepada niat,
>dan hanyasanya bagi setiap manusia itu apa ( balasan )
>yang diniatkannya. Maka barangsiapa yang berhijrah
>kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itu adalah
>kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa yang
>berhijrah kerana dunia yang ingin ia memperolehinya
>atau kerana seorang perempuan yang ingin ia
>menikahinya, maka hijrahnya itu adalah atas apa yang
>ia berhijrah kerananya.'
>
>Hadis Kedua
>Dari Umar Ibnul-Khattab r.a, katanya : Sedang kami
>duduk di dalam majlis bersama Rasulullah SAW pada
>suatu hari, tiba-tiba mucul di dalam majlis itu
>seorang laki-laki yang berpakaian serba putih,
>berrambut terlalu hitam, tiada kesan bahawa ia seorang
>musafir, dan tiada antara kami yang mengenalinya, lalu
>duduk ia bersama Rasulullah SAW, dan ditemukan kedua
>lututnya dengan kedua lutut Rasulullah SAW serta
>diletakkan kedua tapak tangannya ke atas kedua paha
>Rasulullah SAW, lalu berkata :
>Sipemuda : Khabarkan aku tentang Islam ?
>Rasulullah : Islam, iaitu hendaklah mengucap syahadat
>- bahawa tiada Tuhan melainkan Allah Ta'ala dan
>bahawasanya Muhammad itu Rasulullah, dan hendaklah
>bersembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa pada bulan
>Ramadhan dan menunaikan haji ke Baitullah apabila
>berdaya ke sana.
>Sipemuda : Benar katamu.
>( Berkata Umar r.a : Kami merasa hairan kepada tingkah
>laku sipemuda itu, dia yang bertanya dan dia pula yang
>mengiyakannya )
>Sipemuda : Khabarkanlah kepada ke tentang Iman ?
>Rasulullah : Hendaklah engkau beriman kepada Allah,
>Malaikat-MalaikatNya, Kitab-KitabNya, Rasul-RasulNya,
>Hari Akhirat dan hendaklah engkau beriman kepada
>taqdir Allah yang baikNya atau yang burukNya.
>Sipemuda : Benar katamu ! Khabarkanlah kepadaku
>tentang Ihsan ?
>Rasulullah : Hendaklah engkau menyembah Allah
>seolah-olah engkau melihatNya. Sekiranya engkau tidak
>dapat melihatNya sesungguhnya Allah sentiasa dapat
>melihat engkau.
>Sipemuda : Khabarkan padaku tentang hari kiamat ?.
>Rasulullah : Tiadalah orang yang ditanya itu lebih
>mengetahui dari orang yang bertanya.
>Sipemuda : Khabarkan padaku tentang tanda-tandanya ?
>Rasulullah : Apabila hamba perempuan melahirkan
>tuannya sendiri ; Apabila engkau melihat orang yang
>berkaki ayam, tidak berpakaian, pengembala kambing (
>berbangga ) membina bangunan yang tinggi-tinggi.
>( Kemudian beredar keluar sipemuda itu dari majlis
>tersebut ) :
>Rasulullah : Tahukan anda wahai Umar siapakah pemuda
>yang menyoal kau tadi ?
>Umar Al-Khattab : Allah dan RasulNya jua yang
>mengetahui.
>Rasulullah : Itulah Jibril a.s yang telah mendatangi
>aku untuk mengajarkan kamu pelajaran agama kamu.
>
>Hadis Ketiga
>" Dari Abu Abdul Rahman, Abdullah bin Umar r.a,
>berkata : Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda
>: ' Islam itu didirikan atas lima ( pekara ) -
>Menyaksikan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, dan
>bahawasanya Muhammad itu Rasulullah, mendirikan
>sembahyang, mengeluarkan zakat, naik haji ke Baitullah
>dan puasa sebulan Ramadhan. "
>
>Hadis Keempat
>" Dari Abu Abdul Rahman, Abdullah bin Mas'ud r.a,
>katanya Rasulullah SAW telah menceritakan kepada kami,
>sedangkan baginda seorang yang benar dan dibenarkan
>kata-katanya, sabdanya : ' Sesungguhnya sesaorang kamu
>dikumpulkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40
>hari berupa setitik air mani, kemudian menjadi
>segumpal darah selama itu pula, kemudian seketul
>daging seperti yand demikian itu juga, iaitu 40 hari.
>Kemudian diutuskan kepadanya malaikat, lalu ditiupkan
>roh kepadanya dan diperintahkan menulis empat pekara :
>rezekinya, ajalnya, amalannya, celaka dan bahagianya.
>Maka demi Allah yang tiada Tuhan selain daripadaNya,
>sesungguhnya sesaorang kamu itu tetap akan beramal
>dengan amalan ahli syurga sehinggalah di antaranya
>dengan syurga itu jaraknya cuma sehasta sahaja.
>Tiba-tiba dia telah didahului oleh tulisannya (
>suratan takdir ) sehingga dia beramal dengan amalan
>ahli neraka, maka masuklah ia ke dalam neraka. Dan
>sesungguhnya sesaorang kamu tetap akan beramal dengan
>amalan ahli neraka sehinggalah di antara dirinya
>dengan neraka cuma sehasta saja. Tiba-tiba dia telah
>didahului oleh tulisannya sehingga dia beramal dengan
>amalan ahli syurga, maka akhirnya masuklah dia ke
>dalam syurga itu. "
>Hadis Kelima
>" Daripada Ummul Mukminin, Ummi Abdullah Aisyah r.a.
>katanya : Telah bersabda Rasulullah SAW : '
>Barangsiapa yang mengada-adakan sesuatu dalam agama
>yang bukan darinya adalah tertolak ', ~ diriwayatkan
>dari Al-Bukhari dan Muslim. Dan pada riwayat yang lain
>oleh Imam Muslim : " Barangsiapa yang melakukan
>sesuatu amalan yang tidak dari perintah kami, maka ia
>adalah tertolak. "
>Hadis Keenam
>"Dari Abu Abdullah An-Nu'man bin Basyir r.a. katanya :
>saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda : '
>Sesungguhnya yang halal itu terang ( jelas ) dan yang
>haram itu terang, dan di antara keduanya pula terdapat
>pekara-pekara yang syubahat ( tidak terang halal atau
>haramnya ) yang tiada diketahui oleh orang ramai.
>Orang yang memelihara dirinya dari pekara-pekara yang
>syubahat itu adalah seperti orang yang melindungi
>agama dan kehormatan dirinya. Orang yang tergelincir
>ke dalam pekara syubahat itu akan tergelincir masuk ke
>dalam pekara haram. Laksana seorang pengembala di
>pinggir sebuah tempat larangan, yang akhirnya lalai
>dan masuk ia ke dalam tempat larangan itu. Adapun bagi
>setiap raja sebuah tempat larangan, dan tempat
>larangan Allah itu adalah pekara-pekara yang
>diharamkanNya. dan ketahuilah pada setiap jasad itu
>seketul daging. Andainya ia baik, baiklah seluruh
>jasad itu dan sekiranya ia rosak maka rosaklah seluruh
>jasad itu. Itulah hati. '
>Hadis Ketujuh
>Dari Abu Ruqayah Tamim bin Aus Ad-Dhari r.a,
>bahawasanya Nabi SAW bersabda : ' Agama itu adalah
>nasihat. ' Kami sekelian bertanya : ' Untuk siapa ? '
>Maka jawab Rasulullah SAW : ' Bagi Allah, kitabNya,
>RasulNya dan bagi penganjur-penganjur kaum Muslimin
>dan orang awamnya. '
>Hadis Kelapan
>Dari Ibn Umar r.a, bahawasanya Rasulullah SAW pernah
>bersabda : ' Aku diperintahkan untuk memerangi manusia
>sehinggalah mereka mengaku tiada tuhan selain Allah
>dan bahawa Muhammad itu Rasulullah, dan mendirikan
>sembahyang, memberi zakat, maka jika mereka melakukan
>semua itu akan terselamatlah darah dan harata benda
>mereka dariku, kecuali yang mana ada hak Islam padanya
>dan perkiraan mereka terserahlah kepada Allah Ta'ala.
>'
>Hadis Kesembilan
>Dari Abu Hurairah Abdul Rahman bin Sakhar r.a : "
>Bahawa saya mendengar Rasulullah SAW bersabda : ' Apa
>yang aku larang kamu lakukan maka hendaklah kamu
>tinggalkannya, dan apa yang aku perintahkan kamu
>lakukan hendaklah kamu lakukan sekadar kemampuan kamu.
>Sesungguhnya telah binasa umat-umat yang sebelum kamu
>disebabkan terlalu banyak bertanya serta
>pertelingkahan mereka terhadap Nabi-Nabi mereka.
>Hadis Kesepuluh
>Dari Abu Hurairah r.a : Telah bersabda Rasulullah SAW
>: " Sesungguhnya Allah Ta'ala itu baik, dia tidak akan
>menerima melainkan yang baik sahaja. Dan sesungguhnya
>Allah telah memerintahkan kaum Mukminin sama
>sebagaimana Dia memerintahkan para Mursalin ( para
>Rasul ). Allah berfirman : ' Wahai para Rasul,
>makanlah dari yang baik-baik dan kerjakanlah amalan
>yang saleh. ' Dan Allah berfirman lagi : ' Wahai
>orang-orang yang beriman, makanlah dari makanan yang
>baik yang Kami berikan kepada kamu. ' Kemudian
>Rasulullah SAW mengisahkan tentang seorang lelaki yang
>telah belayar jauh. Rambutnya kusut, berdebu,
>mengangkat kedua belah tapak tangannya ke langit serta
>memohon : Ya Tuhanku ! Ya Tuhanku ! Sedangkan
>makanannya dari yang haram, minumannya dari yang haram
>dan pakaiannya dari yang haram, dan dia telah
>dikenyangkan dari sumber yang haram. Alangkah jauhnya
>dia ( doanya ) untuk dikabulkan. '
>Hadis Kesebelas
>Dari Abu Muhammad, Al-Hasan bin Ali bin Abu Talib,
>cucu Rasulullah SAW dan kesayangannya r.a yang berkata
>: " Aku menghafal dari Rasulullah SAW : '
>Tinggalkanlah apa yang meragukanmu kepada yang tiada
>meragukanmu. "
>Hadis Keduabelas
>Dari Abu Hurairah r.a katanya: " Telah bersabda
>Rasulullah SAW : " Sebaik-baik Islam sesaorang itu
>adalah peninggalannya tentang apa yang tiada kena
>mengena dengannya. "
>Hadis Ketigabelas
>Dari Abu Hamzah, Anas bin Malik r.a, khadam kepada
>Rasulullah SAW, bersabda Nabi SAW : Tiada beriman
>sesaorang kamu, sehinggalah ia mencintai saudaranya
>sama seperti ia menyintai dirinya sendiri.
>Hadis Keempatbelas
>Dari Ibnu Mas'ud r.a, katanya : Telah bersabda
>Rasulullah SAW : ' Tiada dihalalkan darah seorang
>Muslim, kecuali atas satu dari tiga sebab ; janda yang
>berzina, jiwa dengan jiwa ( membunuh tanpa hak ) dan
>orang yang meninggalkan agamanya, yang memisahkan diri
>dari jemaah.'
>Hadis Kelimabelas
>Dari Abu Hurairah r.a, bahawasanya Rasulullah SAW
>bersabda : " Barangsiapa beriman kepada Allah dan Hari
>Akhirat, hendaklah berkata yang baik atau berdiam
>diri. Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan
>Hari Akhirat, hendaklah berbuat baik kepada jiran
>tetangganya. Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah
>dan Hari Akhirat, hendaklah menghormati tetamunya. "
>Hadis Keenambelas
>Dari Abu Hurairah r.a, bahawasanya ada seorang telah
>berkata kepada Nabi SAW : " Nasihatilah kepadaku ! "
>Dijawab oleh Nabi SAW : " Jangan marah! " Orang itu
>berulangkali meminta supaya dirinya dinasihati, maka
>tetap Rasulullah SAW mengatakan : " Jangan marah ! "
>Hadis Ketujuhbelas
>Dari Abi Ya'la Syaddad bin Aus r.a, bahawa Rasulullah
>SAW bersabda : " Sesungguhnya Allah telah mewajibkan
>berihsan ( menyempurnakan sesuatu dengan baik )
>terhadap semua pekara. Seandainya kamu membunuh, maka
>bunuhlah secara sempurna, dan apabila menyembelih maka
>elukkanlah penyembelihan. Hendaklah sesaorang kamu
>menajamkan mata pisaunya dan merehatkan
>penyembelihannya. "
>Hadis Kelapanbelas
>Dari Abu Dzar, Jundub bin Junadah dan Abu Abdul
>Rahman, Muaz bin Jabal r.a, dari Rasulullah SAW,
>sabdanya : " Bertaqwalah kepada Allah di mana saja
>engkau berada. Iringkanlah perbuatan jahat itu dengan
>perbuatan baik, mudah-mudahan yang baik itu akan
>memadam yang jahat. Dan berperangai kepada manusia
>dengan dengan perangai yang bagus. "
>Hadis Kesembilanbelas
>Dari Abu Abbas, Abdullah bin Abbas r.a : " Bahawa pada
>suatu hari saya sedang berada di belakang Rasulullah
>SAW ( di atas binatang tunggangannya ), lalu sabda
>baginda : ' Wahai anak kecil, sesungguhnya aku telah
>mengajar kamu beberapa perkataan. Peliharalah (
>perintah ) Allah, nescaya Dia akan memelihara kamu,
>peliharalah ( kehormatan ) Allah, nescaya engkau akan
>merasakan Dia berada bersama-samamu. Jika engkau
>memohon, pohonlah kepada Allah semata-mata. Jika
>engkau meminta pertolongan mintalah kepada Allah
>semata-mata. Ketahuilah bahawa jika semua umat manusia
>berkumpul untuk memberikan kepadamu sesuatu menafaat,
>nescaya mereka tidak akan mampu memberi menafaat itu,
>melainkan dengan sesuatu yang telah ditaqdirkan oleh
>Allah. Begitu juga sekiranya mereka berkumpul untuk
>menentukan suatu mudharat untuk kamu, nescaya mereka
>tidak akan mampu menentukannya, melainkan dengan suatu
>yang telah ditentukan Allah ke atas kamu. Telah
>diangkat kalam ( tulisan ) dan telah kering ( tinta )
>buku catitan. '
>Hadis Keduapuluh
>Dari Abu Mas'ud, Uqbah bin Amru Al-Anshari Al-Badri
>r.a, katanya : " Telah bersabda Rasulullah SAW : ' Di
>antara sabda para Nabi yang terdahulu yang masih
>dipakai untuk orang ramai ( sehingga kini ) ialah :
>Jika engkau tiada malu, buatlah sesuka hati kamu. '
>Hadis Keduapuluh Satu
>Dari Abu Amru dan dikatakan pula dari Abi Amrah Sufyan
>bin Abdullah r.a, katanya : " Saya pernah bertanya
>Rasulullah SAW : Ajarkanlah kepadaku suatu ajaran
>mengenai Islam, yang tidak akan aku tanyakan lagi
>daripadanya akan seorang yang selain daripada engkau.
>Sabda Rasulullah SAW : ' Katakanlah, aku beriman
>kepada Allah, kemudian hendaklah engkau beristiqamah.'
>"
>Hadis Keduapuluh Dua
>Dari Abu Abdullah, Jabir bin Abdullah Al-Anshari r.a,
>bahawasanya telah bertanya seorang lelaki kepada
>Rasulullah SAW : " Apa pendapatmu jika saya menunaikan
>semua sembahyang fardhu, dan aku berpuasa sebulan
>Ramadhan, dan aku halalkan yang halal dan aku haramkan
>yang haram, dan aku tidak menambahkan suatu atas
>demikian itu, adakah aku masuk syurga? Jawab
>Rasulullah SAW : Ya. "
>Hadis Keduapuluh Tiga
>Dari Abu Malik Al-Hariths bin Ashim Al-Ashya'ri r.a,
>katanya : Telah bersabda Rasulullah SAW : ' Suci itu
>sebahagian daripada iman, dan Alhamdullilah memenuhi
>timbangan, dan Subhanallah Wal-Hamdullilah pula akan
>memenuhi ruang antara langit dan bumi. Dan sembahyang
>itu cahaya, dan sedekah itu bukti, dan sabar itu
>sinaran dan Al-Quran itu dalil bagimu atau atasmu.
>Setiap manusia berusaha, ada yang menjual dirinya, ada
>yang memeliharanya dan ada yang membinasakannya. '
>Hadis Keduapuluh Empat
>Dari Abu Dzar Al-Ghafiri r.a, dari Nabi SAW yang
>meriwayatkan dari Tuhannya Allah Azzawajalla,
>bahawasanya Tuhannya telah berkata : " Wahai
>hamba-hambaKu ! Sesungguhnya aku telah mengharamkan
>penganiayaan atas diriKu, dan Aku jadikan haram di
>antara sesama kamu, maka janganlah kamu
>aniaya-menganiayai.
>Wahai hamba-hambaKu ! Kamu sekelian sesat, kecuali
>siapa yang telah Aku berikan hidayat kepadanya. Maka
>hendaklah kamu minta hidayat daripadaKu, nescaya Aku
>akan memberi hidayat itu kepadamu.
>Wahai hamba-hambaku ! Sekelian kamu lapar kecuali
>siapa yang telah Aku berikan makanan kepadanya, maka
>hendaklah kamu sekelain meminta makan daripadaKu,
>nescaya Aku akan beri kamu makan.
>Wahai hamba-hambaku ! Sekelian kamu bertelanjangan,
>kecuali sesiapa yang aku berikan pakaian, maka
>mintalah pakaian daripadaKu.
>Wahai hamba-hambaku ! Sekelian kamu membuat kesalahan
>pada waktu malam dan siang dan Akulah yang sahaja yang
>mengampunkan segala dosa. Maka mintalah keampunan
>daripadaKu, nescaya Aku akan mengampunkan segala
>dosa-dosa kamu.
>Wahai hamba-hambaku ! Kamu sekelian tidak mampu
>merancang sesuatu mudharat untuk memudharatkan Aku,
>dan kamu tidak mampu merancang sesuatu menafaat untuk
>memenafaatkan Aku.
>Wahai hamba-hambaku ! Jika sekiranya orang-orang yang
>terdahulu dan orang-orang yang terkemudian di antara
>kamu bersatu, samada dari jenis manusia atau jin,
>semuanya bertaqwa seperti taqwanya hati seorang
>manusia di antara kamu, nescaya yang demikian itu
>tidak akan menambahkan barang sedikit pun pada
>kerajaanKu.
>Wahai hamba-hambaku ! Jika sekiranya orang-orang yang
>terdahulu dan orang-orang yang terkemudian di antara
>kamu bersatu, samada dari jenis manusia atau jin,
>semuanya berhati jahat seperti jahatnya hati seorang
>manusia di antara kamu, nescaya yang demikian itu
>tidak akan mengurangkan barang yang sedikit pun pada
>kerajaanKu.
>Wahai hamba-hambaku ! Jika sekiranya orang-orang yang
>terdahulu dan orang-orang yang terkemudian di antara
>kamu bersatu, samada dari jenis manusia atau jin,
>semuanya berkumpul pada sebuah tanah lapang lalu
>masing-masing meminta padaKu, nescaya Aku akan
>memperkenankan kepada tiap-tiap seorang itu akan
>permintaannya, nescaya yang demikian tidak akan
>mengurangkan sedikit pun dari apa yang Aku miliki,
>melainkan seperti terkurangnya sebatang jarum yang
>jatuh ke dalam laut.
>Wahai hamba-hambaku ! Sebenarnya semua itu adalah
>amalan-amalan kamu yang Aku catitkan bagi kamu
>sekelian, kelak di kemudian hari akan Aku balas atas
>tiap-tiap satu daripadanya. Oleh itu, barangsiapa
>menerima kebaikan hendaklah ia memuji Allah dan
>barangsiapa yang menerima sebaliknya janganlah ia
>mencela kecuali dirinya sendiri. "
>Hadis Keduapuluh Lima
>Dari Abu Dzar Al-Ghafiri r.a jua, bahawasanya
>segolongan manusia dari sahabat-sahabat Rasulullah
>SAW, bertanya kepada Nabi SAW : " Wahai Rasulullah !
>Orang-orang kaya telah lebih banyak mendapat pahala.
>Mereka sembahyang sebagaimana kami sembahyang,
>berpuasa sebagaimana kami berpuasa dan mereka
>bersedekah pula dengan harta kekayaan mereka yang
>lebih itu."
>Bersabda Nabi SAW : " Bukankah Tuhan telah menunjukkan
>kamu cara-cara bagaimana kamu boleh bersedekah ?
>Sesungguhnya dengan tiap-tiap tasbih itu sedekah, dan
>tiap-tiap takbir itu sedekah, dan tiap-tiap tahlil itu
>sedekah, dan pada tiap-tiap tahmid itu sedekah dan
>pada tiap-tiap tahli itu sedekah, dan menyuruh berbuat
>kebaikan itu sedekah dan melarang membuat kejahatan
>itu sedekah, dan persetubuhan sesaorang dengan isteri
>juga sedekah. "
>Bertanya para sahabat : " Ya Rasulullah ! Adakah
>sesaorang kami yang memuaskan syahwat dengan isterinya
>mendapat pahala juga ? "
>Bersabda Rasulullah SAW : " Apakah pendapat kamu
>sekiranya sesaorang itu melepaskan syahwatnya pada
>yang haram, adakah dosa atasnya ? Demikianlah pula,
>jika ia melepaskan syahwatnya pada yang halal, adalah
>baginya pahala. "
>Hadis Keduapuluh Enam
>Daripada Abu Hurairah r.a : Bahawa Nabi SAW telah
>bersabda : " Setiap anggota manusia harus membuat
>sedekah setiap hari apabila matahari terbit. Engkau
>mendamaikan antara dua orang adalah sedekah. Dan
>engkau menolong sesaorang menaiki tunggangannya atau
>pun engkau menolong mengangkat baginya barang-barang
>ke atas tunggangnya adalah sedekah, dan perkataan yang
>baik itu sedekah. Dan pada tiap-tiap langkah menuju ke
>tempat sembahyang adalah sedekah. Dan engkau
>menjauhkan bahaya dari jalan laluan juga menjadi
>sedekah. "
>Hadis Keduapuluh Tujuh
>Dari An-Nawwas bin Sim'an r.a, dari Nabi SAW yang
>bersabda : " Kebajikan itu adalah budi pekerti yang
>baik. Dan dosa pula adalah apa yang tersimpul di dalam
>diri engkau dan engkau benci bahawa ia diketahui
>manusia mengenainya.
>~ Riwayat Muslim
>Dari Abi Wabishah bin Ma'bad r.a : " Bahawa aku datang
>kepada Rasulullah SAW lalu banginda bertanya : '
>Engkau datang bertanyakan erti kebajikan ? ' Aku
>menjawab : ' Ya '. Sabda Rasulullah SAW lagi : '
>Tanyalah hati engkau. ' Kebajikan itu ialah apa yang
>mententeramkan diri engkau kepadanya serta
>mententeramkan hati. Manakala dosa pula ialah apa yang
>mengganggu jiwa dan meragui dalam dada, walaupun orang
>ramai telah memberikan engkau fatwa dan terus
>menfatwakan sesuatu.' "
>Hadis Keduapuluh Lapan
>Dari Abi Najih bin Al-Irbadh bin Sariyah, katanya : "
>Rasulullah SAW telah memberikan suatu nasihat kepada
>kami yang mengeletarkan hati dan menitiskan air mata.
>Maka kami berkata kepadanya : ' Wahai Rasulullah,
>seolah-olah ini suatu nasihat yang terakhir, maka
>berikanlah kepada kami suatu pesanan. ' Sabda
>Rasulullah SAW : ' Saya berpesan kepada kamu supaya
>sentiasa bertaqwa kepada Allah Azza wajalla serta
>mendengar dan taat sekalipun kepada seorang hamba yang
>memerinta kamu. Sesungguhnya orang-orang yang masih
>hidup di antara kamu akan menyaksikan perselisihan
>yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang kepada
>sunnahku dan dan sunnah Khalifah Ar-Rasyiddin
>Al-Mahdiyyin yang beroleh petunjuk ( daripada Allah )
>dan gigitlah ia dengan gigi geraham kamu ( berpegang
>teguh dengannya dan jangan dilepaskan sunnah-sunnah
>itu ).
>Dan jauhilah kamu dari pekara-pekara yang diadakan,
>kerana sesungguhnya tiap-tiap bida'ah itu menyesatkan.
>'
>Hadis Keduapuluh Sembilan
>Dari Muaz bin Jabal r.a, berkata : " Khabarkan
>kepadaku suatu amalan yang membolehkan aku masuk ke
>dalam syurga dan menjauhkan aku dari neraka. "
>Jawab Nabi SAW : " Sebenarnya engkau telah bertanya
>suatu pekara yang besar, dan sesungguhnya amat mudah
>sekali bagi sesiapa yang dimudahkan oleh Allah Ta'ala,
>iaitu : Hendaklah engkau menyembah Allah dan tidak
>menyekutukanNya dengan suatu yang lain. Engkau
>mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa
>sebulan Ramadhan dan mengerjakan haji ke Baitullah. "
>Kemudian Nabi bersabda lagi : " Mahukah engkau aku
>khabarkan pokok amalan, tiangnya dan kemuncaknya? "
>Aku menjawab : " Mahu, ya Rasulullah . " Sabda baginda
>: " Pokok amalan ialah Islam, tiangnya ialah
>sembahyang dan kemuncaknya ialah jihad. "
>Kemudian Nabi bersabda lagi : " Mahukah engkau aku
>khabarkan kunci kepada semua pekara ini ? " Aku
>menjawab : " Mahu, ya Rasulullah. " Lalu baginda
>memegang lidahnya seraya berkata : " Awas, jaga ini
>baik-baik. "
>Aku bertanya : " Ya Rasulullah, adakah kami akan
>dituntut kerana berkata dengannya ? " Baginda lalu
>menjawab : " Dan tidak akan dicampakkan manusia ke
>atas muka mereka atau batang hidung mereka ke dalam
>neraka, melainkan hasil tutur bicara mereka. "
>Hadis Ketigapuluh
>Dari Abi Tsa'labah Al-Khusani, Jurthum bin Nashir r.a,
>daripada Rasulullah SAW, yang bersabda : "
>Sesungguhnya Allah Ta'ala telah memfardhukan beberapa
>kewajipan, maka janganlah kamu mengabaikannya. Dan ia
>telah menetapkan beberapa hudud ( batasan ), maka
>janganlah kamu melampauinya. Dia telah mengharamkan
>beberapa benda maka janganlah kamu melanggarnya. Dan
>Dia telah mendiamkan beberapa pekara sebagai suatu
>rahmat terhadap kamu, bukan kerana lupa maka janganlah
>kamu membahas mengenainya. "
>Hadis Ketigapuluh Satu
>Dari Abu Abbas, Sahil bin Saad As-Sa'idd r.a, berkata
>: " Telah datang seorang lelaki kepada Rasulullah SAW
>dan bertanya : ' Ya Rasulullah, tunjukkan aku suatu
>amalan, sekiranya aku buat, nescaya aku dicintai oleh
>Allah dan orang ramai. '
>Maka dijawab Nabi : ' Hendaklah zahid di dunia,
>nescaya engkau dicintai oleh Allah dan engkau zahid
>pada apa yang ada di sisi manusia, maka nescaya engkau
>dicintai oleh orang ramai. '
>Hadis Ketigapuluh Dua
>Dari Abi Said Sa'd bin Malik bin Sinan Al-Khudri r.a,
>bahawasanya Rasulullah SAW pernah bersabda : " Tiada
>mudharat dan tiada memudharatkan. "
>Hadis Ketigapuluh Tiga
>Dari Ibn Abbas r.a bahawa Nabi SAW pernah bersabda : "
>Jika dilayankan setiap orang dengan tuntutannya,
>nescaya ada orang yang menuntut harta benda orang lain
>dan ada pula yang menuntut darahnya. Akan tetapi yang
>menuntut itu harus menbawa saksi, manakala yang
>memungkiri harus bersumpah. "
>Hadis Ketigapuluh Empat
>Dari Abi Said Al-Khudri r.a, katanya : " Aku mendengar
>Rasulullah SAW bersabda : " Barangsiapa di antara kamu
>yang melihat kemungkaran, maka hendaklah ia
>mengubahnya dengan tangannya ( kuasanya ). Sekiranya
>ia tiada berkuasa maka hendaklah ia mengubahnya dengan
>lidahnya ( nasihatnya ). Sekiranya ia tiada berkuasa
>maka hendaklah ia mengubahkannya dengan hatinya (
>tidak meredhai perbuatan tersebut ). Dan yang demikian
>adalah selemah-lemah iman.
>Hadis Ketigapuluh Lima
>Dari Abu Hurairah r.a, katanya : " Telah bersabda
>Rasulullah SAW : ' Janganlah kamu berdengki-dengkian,
>dan jangan kamu tipu-menipu, dan jangan
>benci-membenci, dan jangan musuh memusuhi, dan jangan
>kamu berjual beli atas jual beli setengah yang lain,
>dan jadilah kamu sekelian sebagai hamba-hamba Allah
>yang bersaudara.
>Seorang Muslim adalah bersaudara sesama Muslim, tidak
>boleh menganiayanya, tidak boleh membiarkannya
>tertindas, tidak boleh mendustainya dan tidak boleh
>menghinainya.
>Taqwa itu berpunca dari sini - sambil Nabi SAW
>menunjukkan ke dadanya tiga kali. Sudah memadailah
>kejahatan seorang itu jika ia menghina saudaranya yang
>Islam. Seorang Muslim ke atas seorang Muslim yang lain
>diharamkan darahnya, harta bendanya dan kehormatannya.
>' "
>Hadis Ketigapuluh Enam
>Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi SAW, dari Nabi SAW,
>yang bersabda : " Barangsiapa yang melapangkan seorang
>mukmin suatu kesusahan dari kesusahan-kesusahan dunia,
>nescaya Allah akan melepaskan dirinya dari suatu
>kesusahan dari kesusahan-kesusahan di hari kiamat.
>Dan barangsiapa yang meringankan penderitaan seorang
>yang susah, nescaya Allah akan meringankan penderitaan
>dirinya di dunia dan di akhirat.
>Barangsiapa yang menutup keaipan seorang Muslim,
>nescaya Allah akan menutup keaipannya di akhirat. Dan
>Allah selalu menolong hambaNya, selagi hambaNya
>berusaha menolong saudaranya.
>Barangsiapa yangmenuju satu jalan untuk menuntut ilmu,
>nescaya Allah akan memudahkan suatu jalan baginya ke
>syurga. Dan tidak berhimpun suatu kelompok manusia
>dalam suatu rumah dari rumah-rumah Allah, mereka
>membaca Kitabullah dan mempelajarainya antara sesama
>mereka, melainkan diturunkan ke atas perhimpunan
>mereka ketenteraman, diliputi oleh rahmat., di
>kelilingi oleh para Malaikat dan disebut Allah kepada
>sesiapa yang di sisiNya. Sesiapa yang dilengahkan oleh
>amalannya maka tidak akan dipercepatkan oleh
>keturunannya. "
>Hadis Ketigapuluh Tujuh
>Dari Ibn Abbas r.a dari Rasulullah SAW yang
>meriwayatkan hadis ini daripada Tuhannya Tabaraka Wa
>Ta'ala, katanya : " Sesungguhnya Allah telah
>menetapkan yang baik dan yang jahat, dan telah
>menerangkan keduanya itu. Maka barangsiapa yang
>bercita kepada kebaikan, kemudian ia tidak
>mengerjakannya - Allah akan mencatit disisinya satu
>hasanah yang sempurna. Dan jika ia melaksanakan,
>nescaya Allah akan mencatitkan di sisiNya sepuluh
>hasanah hingga tujuh ratus kali lipat ganda dan hingga
>sampai beberapa kali ganda banyaknya. Dan jika ia
>bercita-cita mengerjakan sesuatu kejahatan kemudian
>tidak dilakukannya, Allah akan mencatitkan di sisiNya
>satu hasanah yang sempurna. Jika ia meneruskan
>cita-citanya yang jahat itu dan melakukannya, Allah
>akan mencatitkan baginya satu kejahatan sahaja.
>~ Bukhari dan Muslim dalam kitab sahih keduanya.
>Hadis Ketigapuluh Lapan
>Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW telah
>bersabda : " Sesungguhnya Allah Ta'ala berfirman :
>Barangsiapa yang memusuhi waliKu ( orang yang setia
>padaku ), maka sesungguhnya aku mengisytiharkan perang
>terhadapnya. Dan tiada seorang hambaku yang
>bertaqarrub ( beramal ) kepadaKu dengan sesuatu yang
>lebih Ku cintai hanya dari ia menunaikan semua yang ku
>fardhukan ke atas dirinya. Dan hendaklah hambaKu
>sentiasa bertaqarrub dirinya kepadaKu dengan nawafil (
>ibadat sunat ) sehingga Aku mencintainya. Maka apabila
>Aku telah mencintainya, nescaya adalah Aku sebagai
>pendengarannya yang ia mendengar dengannya, dan
>sebagai penghilantannya yang ia melihat dengannya, dan
>sebagai tangannya yang ia bertindak dengannya, dan
>sebagai kakinya yang ia berjalan dengannya. Dan
>sekiranya ia meminta kepadaKu nescaya Aku berikan
>kepadanya, dan sekiranya ia memohon perlindungan
>kepadaKu nescaya Aku lindungi ia
>Hadis Ketigapuluh Sembilan
>Dari Ibn Abbas r.a, bahawa Rasulullah SAW telah
>bersabda : " Sesungguhnya Allah memaafkan bagiku
>daripada umatku segala perbuatan dari kesilapan dan
>kelupaan dan segala yang dipaksa ke atas diri mereka
>Hadis Keempatpuluh
>Dari Ibn Umar r.a., katanya : " Rasulullah SAW telah
>memegang bahuku dan bersabda : ' Anggaplah dirimu di
>dunia ini sebagai seorang perantau, atau pengembara. '
>Maka Ibn Umar berkata : "Jika engkau berada di waktu
>petang, maka janganlah engkau menunggu pagi. Dan jika
>engkau berada di waktu pagi maka janganlah engkau
>menunggu petang. Gunakanlah waktu sihatmu sebelum
>datang waktu sakit. Dan gunakanlah waktu hidupmu
>sebelum datang waktu mati. "
>Hadis Keempatpuluh Satu
>Dari Abu Muhammad Abdullah bin Amru bin Al-Ash r.a
>katanya : " Telah bersabda Rasulullah SAW : ' Tiada
>beriman sesaorang dari kamu sehingga hawa nafsunya
>patuh kepada apa yang aku sampaikan. ' "
>Hadis Keempatpuluh Dua
>Dari Anas r.a, katanya : " Aku mendengar Rasulullah
>SAW bersabda : ' Telah berfirman Allah Ta'ala :
>Wahai anak Adam ! Setiap kali engkau berdoa berharap
>kepadaKu, Aku akan tetap mengampunimu atas segala dosa
>yang engkau lakukan, dan Aku tiada peduli.
>Wahai anak Adam ! Andaikata dosa-dosa kamu setinggi
>langi kemudian kamu memohon keampunanKu, nescaya Aku
>akan mengampunimu.
>Wahai anak Adam ! Andaikata engkau datang padaku
>dengan dosamu sepenuh bumi ini, kemudian engkau
>menemuiKu, pada hal tiada engkau menyekutui akan Aku
>dengan sesuatu pun, nescaya Aku akan datang kepadamu
>dengan keampunan sepenuh bumi pula.

[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]

Replies:
Subject Author Date
Re: 40 hadiseja18:57:46 12/17/06 Sun


Post a message:
This forum requires an account to post.
[ Create Account ]
[ Login ]
[ Contact Forum Admin ]


Forum timezone: GMT-8
VF Version: 3.00b, ConfDB:
Before posting please read our privacy policy.
VoyForums(tm) is a Free Service from Voyager Info-Systems.
Copyright © 1998-2019 Voyager Info-Systems. All Rights Reserved.