VoyForums
[ Show ]
Support VoyForums
[ Shrink ]
VoyForums Announcement: Programming and providing support for this service has been a labor of love since 1997. We are one of the few services online who values our users' privacy, and have never sold your information. We have even fought hard to defend your privacy in legal cases; however, we've done it with almost no financial support -- paying out of pocket to continue providing the service. Due to the issues imposed on us by advertisers, we also stopped hosting most ads on the forums many years ago. We hope you appreciate our efforts.

Show your support by donating any amount. (Note: We are still technically a for-profit company, so your contribution is not tax-deductible.) PayPal Acct: Feedback:

Donate to VoyForums (PayPal):

Login ] [ Main index ] [ Post a new message ] [ Search | Check update time ]


[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]

Date Posted: 03:47:00 04/24/06 Mon
Author: Terkini
Subject: Pilihan raya Sarawak: Penamaan calon 9 Mei, pengundian 20 Mei

Terkini
Pilihan raya Sarawak: Penamaan calon 9 Mei, pengundian 20 Mei

KUCHING 24 April - Penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri Sarawak Kesembilan ialah pada 9 Mei dan pengundian akan diadakan pada 20 Mei, demikian diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman membuat pengumuman itu di sini pada 11.30 pagi tadi, tiga jam selepas Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri Sarawak.

Dalam satu sidang akhbar yang disiarkan secara langsung oleh RTM, Abdul Rashid berkata, tempoh berkempen selama 11 hari mulai 9 Mei sehingga tengah malam 19 Mei, ditetapkan setelah SPR mengambil kira faktor geografi dan jumlah kerusi yang besar yang dipertandingkan kali ini iaitu 71 berbanding 62 kerusi pada pilihan raya negeri 2001.

Katanya, writ pilihan raya akan dikeluarkan pada 27 April dan notis pilihan raya pada 28 April.

Bilangan pemilih yang disah serta diwartakan pada 16 Mac 2006 dan dikemas kini pada 24 Mac 2006 ialah 892,537 orang termasuk 14,727 pengundi pos.

Daripada 62 kerusi yang ada sekarang, Barisan Nasional (BN) menguasai 61, manakala satu-satunya kawasan pembangkang, Kidurong, diwakili DAP.

Abdul Rashid berkata, deposit calon adalah sebanyak RM5,000 dan deposit bahan kempen ialah RM3,000.

Beliau meminta mereka yang bertanding supaya mematuhi semua peraturan pilihan raya termasuk mendapatkan permit polis bagi mengadakan perhimpunan dan menggunakan premis awam.

Abdul Rashid juga meminta media memberi liputan yang adil dan seimbang kepada semua calon dan parti yang bertanding.

DUN Sarawak mengadakan persidangan terakhirnya pada 20 April lalu. Mandat kerajaan negeri sekarang berakhir pada 18 Nov tahun ini.

BN Sarawak mengandungi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP).

Mengulas lanjut mengenai tempoh kempen yang agak lama bagi pilihan raya negeri kali ini, Abdul Rashid berkata, SPR mengambil kira masalah berhubung komunikasi dan pengangkutan serta keadaan geografi dan demografi Sarawak bagi memastikan proses pilihan raya berjalan dengan licin, teratur dan sempurna.

"Oleh itu, SPR perlu memberikan ruang dan masa yang munasabah kepada semua pihak yang akan mengambil bahagian dalam pilihan raya ini supaya ia sesuai dengan keadaan yang dinyatakan itu," katanya. - Bernama

[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]

Post a message:
This forum requires an account to post.
[ Create Account ]
[ Login ]

Forum timezone: GMT-8
VF Version: 3.00b, ConfDB:
Before posting please read our privacy policy.
VoyForums(tm) is a Free Service from Voyager Info-Systems.
Copyright © 1998-2019 Voyager Info-Systems. All Rights Reserved.