VoyForums
[ Show ]
Support VoyForums
[ Shrink ]
VoyForums Announcement: Programming and providing support for this service has been a labor of love since 1997. We are one of the few services online who values our users' privacy, and have never sold your information. We have even fought hard to defend your privacy in legal cases; however, we've done it with almost no financial support -- paying out of pocket to continue providing the service. Due to the issues imposed on us by advertisers, we also stopped hosting most ads on the forums many years ago. We hope you appreciate our efforts.

Show your support by donating any amount. (Note: We are still technically a for-profit company, so your contribution is not tax-deductible.) PayPal Acct: Feedback:

Donate to VoyForums (PayPal):

Login ] [ Main index ] [ Post a new message ] [ Search | Check update time ]


[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]

Date Posted: 03:44:37 04/24/06 Mon
Author: Terkini
Subject: DUN Sarawak dibubar untuk pilihan raya negeri ke-9

Terkini
DUN Sarawak dibubar untuk pilihan raya negeri ke-9

KUCHING 24 April - Dewan Undangan Negeri Sarawak dibubar hari ini bagi membolehkan pilihan raya negeri kesembilan diadakan dalam tempoh 60 hari.

Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud membuat pengumuman itu pada sidang akhbar khas di hangar Hornbill Skyways, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pukul 8.30 pagi tadi sejurus sebelum beliau berlepas untuk lawatan sehari ke Sibu.

Taib, yang juga Pengerusi Barisan Nasional Sarawak, berkata, beliau telah menghadap Yang Dipertua Negeri, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng semalam untuk mendapatkan persetujuannya bagi membubarkan DUN Sarawak.

Beliau berkata, Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak, Datuk Mohamad Asfia Awang Nassar telah diminta memaklumkan pembubaran itu kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

DUN Sarawak mengadakan persidangan terakhirnya pada 20 April lepas. Mandat kerajaan negeri sekarang berakhir pada 18 Nov tahun ini.

Pada pilihan raya negeri kali ini, sebanyak 71 kerusi akan menjadi rebutan, bertambah sembilan kerusi, berikutan persempadanan kawasan pilihan raya sejak pilihan negeri yang lepas pada 2001.

Kerusi-kerusi baru itu ialah Opar, Bukit Sentosa, Lingga, Balai Ringin, Bukit Saban, Daro, Bekenu, Pujut dan Batu Danau.

Mengikut daftar pemilih yang diwartakan bulan lalu dan akan diguna pakai untuk pilihan raya negeri kali ini, Sarawak mempunyai 892,537 pengundi.

BN Sarawak mengandungi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP).

PBB, yang diketuai Taib, diperuntukkan 35 kerusi, SUPP yang dipimpin oleh Tan Sri Dr George Chan, 19; PRS yang diketuai Datuk Seri Dr James Masing, sembilan; dan SPDP yang dipimpin oleh Datuk William Mawan, lapan.

Pada pilihan raya negeri 2001, BN menang 61 kerusi dan kalah satu di Kidurong kepada DAP.

Taib berkata, BN akan meletakkan 20 peratus muka baru kali ini selain menambah calon wanita.

Kini terdapat tiga anggota DUN wanita terdiri daripada Datuk Sharifah Mordiah Tuanku Fauzi (Samariang), Fatimah Abdullah (Dalat) dan Lily Yong Lee Lee (Padungan).

Taib berkata, BN masih mengemas kini senarai calon-calonnya sebelum dikemukakan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang juga Pengerusi BN.

Mengenai manifesto BN, katanya, beliau akan berbincang dengan Abdullah sebelum mengumumkannya.

Ditanya mengapa beliau mengadakan pilihan raya sekarang, tujuh bulan lebih awal daripada tempoh tamat penggal dewan, Taib berkata: "Semua pihak termasuk media mendesak supaya pilihan raya diadakan. Saya hanya mengikutnya," katanya.

Menjawab satu soalan wartawan, Ketua Menteri yang kelihatan girang itu, sambil berjenaka berkata: "Kalau saya adakan pilihan raya pada bulan Oktober, anda juga akan bertanya kenapa Oktober," katanya.

Dewan Undangan Negeri Sarawak sekarang ini akan tamat tempohnya pada 18 Nov.

Menjawab soalan lain, Taib berkata, BN negeri tidak mahu berpuas hati atau kelihatan seperti takbur (mengenai soalan kejayaan menyapu bersih semua kerusi kali ini), tetapi mereka percaya rakyat akan mengembalikan mandat kepada BN.

Beliau berharap rakyat akan menggunakan kuasa mengundi mereka untuk menentukan kepimpinan yang tepat bagi Sarawak.

Sidang akhbar selama 15 minit itu bermula pukul 8.30 pagi.

Pengumuman pembubaran Dewan Undangan Negeri disiarkan secara langsung oleh RTM.

Turut hadir adalah Timbalan Presiden PBB, Datuk Seri Abang Johari Tun Openg; Naib Presiden PRS, Dublin Unting Ingkot; dan Setiausaha Publisiti dan Penerangan SUPP, Datuk Alfred Yap Chin Loi. - Bernama

[ Next Thread | Previous Thread | Next Message | Previous Message ]

Post a message:
This forum requires an account to post.
[ Create Account ]
[ Login ]

Forum timezone: GMT-8
VF Version: 3.00b, ConfDB:
Before posting please read our privacy policy.
VoyForums(tm) is a Free Service from Voyager Info-Systems.
Copyright © 1998-2019 Voyager Info-Systems. All Rights Reserved.