Author:
Adiana (Sangat resah dan runsing)
|
[
Next Thread |
Previous Thread |
Next Message |
Previous Message
]
Date Posted: 00:41:39 04/25/10 Sun
Saya berusia 23 tahun dan kini masih belajar di sebuah IPTS dalam tahun terakhir. Saya anak ke dua dari 6 beradik. Bapa saya seorang usahawan dan ibu pula seorang kerani.
Masalah yang ingin saya kemukakan ialah berkenaan percintaan saya. Saya bercinta dgn seorang lelaki berusia 40 tahun, masih beristeri dan mempunyai 4 orang anak. Hubungan cinta kami masih baru. Saya tertarik dan jatuh cinta dengan teman lelaki saya ini kerana sikapnya yg jujur, sopan, dan sentiasa menghargai orang2 di sekelilingnya termasuk pekerja2nya.
Hubungannya dengan anak2nya juga sangat akrab. Saya sangat tersentuh melihat keakraban mereka. Susah untuk melihat anak lelaki dan ayahnya berpelukan, berterima kasih dan mengucap rasa sayang sebagai tanda terima kasih apabila menerima sesuatu dari ayahnya. tetapi itu yang berlaku dalam keluarga mereka.
Sebelum ini saya merahsiakan tentang percintaan saya ini daripada ibu dan bapa saya. tetapi baru2 ini, saya telah berterus-terang dengan mereka dan mendapat respond yang negatif. Ayah mengatakan bahawa dia tidak akan mengizinkan saya berkahwin dgn suami orang. Ada dua sebab yang dinyatakan olehnya. 1) lelaki yg sudah beristeri tetapi ingin berkawin lagi menandakan dia ada masalah dengan isteri pertama. 2) berkahwin suami orang memalukan keluarga dan orang akan mengatakan saya merampas suami orang. Saya telah menjelaskan kepada bapa saya bahawa saya telah berjumpa dengan isterinya dan tidak ada masalah dengan isteri dan anak2nya. Isterinya mebenarkan kerana yakin bahawa suaminya mampu bertanggungjawab dan berhak berkahwin lagi. tetapi ayah mengatakan bahawa tentu ada sebab kenapa isterinya rela dan mereka bermasalah.
teman lelaki saya masih menunaikan tanggungjawab terhadap keluarganya seperti biasa. Pada siang hari dia akan berada di rumah menguruskan anak2 sambil menyiapkan kerja2nya di rumah(dia seorang ahli perniagaan) sehingga isterinya pulang dari kerja. Pada hari ahad, dia akan memabawa keluarganya keluar makan bersama atau mebeli barang rumah bersama. Pada bulan jun akan datang pula mereka sekeluarga telah merancang keluar negara bagi menunaikan hasrat isterinya untuk menyambut hari lahir sambil melancong.
Ingin saya ceritakan sedikit tentang sikap ayah saya. Ayah saya seorang yg suka membantu orang lain serta menderma. Jika ada rakan2 yang meminta bantuan, dia akan cuba sedaya upaya membantu walaupun dia tahu bahawa ia tidak akan memberi faedah kepadanya. Tetapi dia juga seorang yg panas baran, dan suka berlagak. Padanya, dia tidak pernah salah walaupun banyak perkara yg berlaku dalam keluarga kami sebelum ini telah menunujukkan bawahawa dia salah. Ayah tidak pernah ada rasa malu untuk bergaduh di khalayak ramai. Dia juga agak suka menunjuk2. Contohnya, dia sanggup berhabis duit untuk mebeli perabot antik yang beribu2 ringgit walaupun dia tahu hutangnya sudah berlambak. Kemudian dia akan tunjukkan kepada setiap orang yang datang kerumah.
Ayah seorang yang sentiasa berfikiran negatif. Dia sentiasa mengatakan orang lain jahat, bodoh, pemalas dan sebagainya walaupun dia tidak pernah rapat atau tidak pernah berbual sama sekali dengan mereka yang dikatakannya itu. Apabila umur ayah saya mencecah 56 tahun, saya berfikir mungkin dia sudah berubah dan tidak mempunyai sikap suka mengata, suka berfikiran negatif dan memandang randah terhadap orang lain berikutan pelbagai perkara telah berlaku dalam keluarga kami. Tetapi ternyata saya salah.
Kini saya runsing dan risau. Saya takut hajat saya untk berkahwin dengan teman lelaki saya suatu hari nanti tidak kesampaian. dalam masa yang sama saya tidak mahu bergaduh dengan ibu bapa saya kerana saya tahu jasa mereka terhadap saya terlalu besar. Saya dan teman lelaki juga telah berbincang dan bersetuju tidak akan berkahwin selagi tidak mendapat restu dari ibu bapa saya kerana kami tahu dan risau buruk padahnya berkahwin tanpa restu ibu bapa.
Dalam masa yang sama, kami tidak sanggup berpisah. Kami merancang untuk meneruskan percitaan ini secara senyap sehingga saya bersedia untuk berkahwin. dan ketika itu, teman lelaki saya sendiri akan berjumpa dan berbincang dengan bapa saya. tetapi saya risau ayah saya akan menghalau dia keluar dari rumah sebelum sempat bersalaman dan duduk berbincang. Saya tidaklah merancang untuk berkawin segera memandangkan saya belum tamat belajar. Saya merancang untuk berkahwin pada usia 25 atau 26 tahun. Tetapi saya merasakan bahawa saya perlu mencari dan merancang jalan penyelesaian bagi masalah ini seawal mungkin supaya saya lebih bersedia dan tidak terlalu gelisah.
Dulu saya sering berfikir jika saya sudah berkahwin dan suami saya ingin berkahwin lagi, saya akan benarkan jika saya yakin dia mampu dan dia sendiri tidak pernah mengabaikan saya. Saya menganggap bermadu itu satu kelebihan. Tetapi tidak sangka pula kini saya pula yang bercinta dengan suami orang dan isterinya pula berfikiran seperti saya.
Saya berharap sesiapa di sini dapat memberi saya beberapa cadangan atau mungkin menyedarkan saya jika apa yang saya lakukan ini benar2 salah di sisi masyarakat dan terutamanya di sisi Islam. Saya dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.
[
Next Thread |
Previous Thread |
Next Message |
Previous Message
]
|