Author:
Imran (poligami bagus tp pastikan suami orang beragama)
|
[
Next Thread |
Previous Thread |
Next Message |
Previous Message
]
Date Posted: 09:49:38 06/26/10 Sat
In reply to:
Adiana
's message, "parents tak benarkan berkahwin suami orang" on 00:41:39 04/25/10 Sun
>Saya berusia 23 tahun dan kini masih belajar di sebuah
>IPTS dalam tahun terakhir. Saya anak ke dua dari 6
>beradik. Bapa saya seorang usahawan dan ibu pula
>seorang kerani.
>
>Masalah yang ingin saya kemukakan ialah berkenaan
>percintaan saya. Saya bercinta dgn seorang lelaki
>berusia 40 tahun, masih beristeri dan mempunyai 4
>orang anak. Hubungan cinta kami masih baru. Saya
>tertarik dan jatuh cinta dengan teman lelaki saya ini
>kerana sikapnya yg jujur, sopan, dan sentiasa
>menghargai orang2 di sekelilingnya termasuk
>pekerja2nya.
>
>Hubungannya dengan anak2nya juga sangat akrab. Saya
>sangat tersentuh melihat keakraban mereka. Susah untuk
>melihat anak lelaki dan ayahnya berpelukan, berterima
>kasih dan mengucap rasa sayang sebagai tanda terima
>kasih apabila menerima sesuatu dari ayahnya. tetapi
>itu yang berlaku dalam keluarga mereka.
>
>Sebelum ini saya merahsiakan tentang percintaan saya
>ini daripada ibu dan bapa saya. tetapi baru2 ini, saya
>telah berterus-terang dengan mereka dan mendapat
>respond yang negatif. Ayah mengatakan bahawa dia tidak
>akan mengizinkan saya berkahwin dgn suami orang. Ada
>dua sebab yang dinyatakan olehnya. 1) lelaki yg sudah
>beristeri tetapi ingin berkawin lagi menandakan dia
>ada masalah dengan isteri pertama. 2) berkahwin suami
>orang memalukan keluarga dan orang akan mengatakan
>saya merampas suami orang. Saya telah menjelaskan
>kepada bapa saya bahawa saya telah berjumpa dengan
>isterinya dan tidak ada masalah dengan isteri dan
>anak2nya. Isterinya mebenarkan kerana yakin bahawa
>suaminya mampu bertanggungjawab dan berhak berkahwin
>lagi. tetapi ayah mengatakan bahawa tentu ada sebab
>kenapa isterinya rela dan mereka bermasalah.
>
>teman lelaki saya masih menunaikan tanggungjawab
>terhadap keluarganya seperti biasa. Pada siang hari
>dia akan berada di rumah menguruskan anak2 sambil
>menyiapkan kerja2nya di rumah(dia seorang ahli
>perniagaan) sehingga isterinya pulang dari kerja. Pada
>hari ahad, dia akan memabawa keluarganya keluar makan
>bersama atau mebeli barang rumah bersama. Pada bulan
>jun akan datang pula mereka sekeluarga telah merancang
>keluar negara bagi menunaikan hasrat isterinya untuk
>menyambut hari lahir sambil melancong.
>
>Ingin saya ceritakan sedikit tentang sikap ayah saya.
>Ayah saya seorang yg suka membantu orang lain serta
>menderma. Jika ada rakan2 yang meminta bantuan, dia
>akan cuba sedaya upaya membantu walaupun dia tahu
>bahawa ia tidak akan memberi faedah kepadanya. Tetapi
>dia juga seorang yg panas baran, dan suka berlagak.
>Padanya, dia tidak pernah salah walaupun banyak
>perkara yg berlaku dalam keluarga kami sebelum ini
>telah menunujukkan bawahawa dia salah. Ayah tidak
>pernah ada rasa malu untuk bergaduh di khalayak ramai.
>Dia juga agak suka menunjuk2. Contohnya, dia sanggup
>berhabis duit untuk mebeli perabot antik yang beribu2
>ringgit walaupun dia tahu hutangnya sudah berlambak.
>Kemudian dia akan tunjukkan kepada setiap orang yang
>datang kerumah.
>
>Ayah seorang yang sentiasa berfikiran negatif. Dia
>sentiasa mengatakan orang lain jahat, bodoh, pemalas
>dan sebagainya walaupun dia tidak pernah rapat atau
>tidak pernah berbual sama sekali dengan mereka yang
>dikatakannya itu. Apabila umur ayah saya mencecah 56
>tahun, saya berfikir mungkin dia sudah berubah dan
>tidak mempunyai sikap suka mengata, suka berfikiran
>negatif dan memandang randah terhadap orang lain
>berikutan pelbagai perkara telah berlaku dalam
>keluarga kami. Tetapi ternyata saya salah.
>
>Kini saya runsing dan risau. Saya takut hajat saya
>untk berkahwin dengan teman lelaki saya suatu hari
>nanti tidak kesampaian. dalam masa yang sama saya
>tidak mahu bergaduh dengan ibu bapa saya kerana saya
>tahu jasa mereka terhadap saya terlalu besar. Saya dan
>teman lelaki juga telah berbincang dan bersetuju tidak
>akan berkahwin selagi tidak mendapat restu dari ibu
>bapa saya kerana kami tahu dan risau buruk padahnya
>berkahwin tanpa restu ibu bapa.
>
>Dalam masa yang sama, kami tidak sanggup berpisah.
>Kami merancang untuk meneruskan percitaan ini secara
>senyap sehingga saya bersedia untuk berkahwin. dan
>ketika itu, teman lelaki saya sendiri akan berjumpa
>dan berbincang dengan bapa saya. tetapi saya risau
>ayah saya akan menghalau dia keluar dari rumah sebelum
>sempat bersalaman dan duduk berbincang. Saya tidaklah
>merancang untuk berkawin segera memandangkan saya
>belum tamat belajar. Saya merancang untuk berkahwin
>pada usia 25 atau 26 tahun. Tetapi saya merasakan
>bahawa saya perlu mencari dan merancang jalan
>penyelesaian bagi masalah ini seawal mungkin supaya
>saya lebih bersedia dan tidak terlalu gelisah.
>
>Dulu saya sering berfikir jika saya sudah berkahwin
>dan suami saya ingin berkahwin lagi, saya akan
>benarkan jika saya yakin dia mampu dan dia sendiri
>tidak pernah mengabaikan saya. Saya menganggap bermadu
>itu satu kelebihan. Tetapi tidak sangka pula kini saya
>pula yang bercinta dengan suami orang dan isterinya
>pula berfikiran seperti saya.
>
>Saya berharap sesiapa di sini dapat memberi saya
>beberapa cadangan atau mungkin menyedarkan saya jika
>apa yang saya lakukan ini benar2 salah di sisi
>masyarakat dan terutamanya di sisi Islam. Saya dahului
>dengan ucapan jutaan terima kasih.
[
Next Thread |
Previous Thread |
Next Message |
Previous Message
]
|